Selasa, Disember 16, 2008

Produk i CHARGE


Advertorial: i-Charge jimat minyak

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

BERBEKALKAN teknologi terkini dalam dunia automotif, MXB International Holdings Sdn Bhd melancarkan produk terbarunya, i-Charge yang berupaya memastikan sistem elektronik kenderaan berfungsi dengan sempurna selain meningkatkan prestasi dan menjimatkan minyak.

Pengurus Pemasarannya, Tengku Fazali Tengku Ahmad, berkata produk itu dicipta hasil penyelidikan pakar automotif Jepun, Kay Kimoto yang menemui cara terbaik meningkatkan prestasi enjin tanpa perlu pengubahsuaian komponen lain.


“Bermula pada November tahun lalu, MXB International mengadakan kerjasama dengan Zeromax Co Ltd, Japan termasuk memasarkan produk berkualiti kepada pengguna.

“I-Charge adalah produk pertama yang dipasarkan dan sehingga kini, lebih daripada 30,000 unit terjual,” katanya.

Menceritakan mengenai produk terkini itu, Tengku Fazali berkata, sistem elektrik dalam sebuah kenderaan datang daripada satu sumber iaitu bateri dan saling berkait antara satu sama lain.

“Bayangkan bateri terpaksa menyalurkan kuasanya kepada semua komponen elektronik kereta menyebabkan ada di antara bahagian berkenaan menerima kuasa yang kurang daripada sepatutnya.

“I-Charge yang bertindak sebagai penstabil voltan (Voltage Stabilizer) ini akan memastikan setiap komponen elektronik menerima kuasa optima bagi kelancaran enjin,” katanya.

Menurut Tengku Fazali, i-Charge mempunyai tiga sistem utama iaitu Sistem Stabil Voltan (VSS) yang direka khas untuk pengaliran voltan ke semua bahagian elektronik kenderaan sekiranya berlaku kelebihan tenaga elektrik yang menye babkan bahagian lain terjejas.

“Contohnya, apabila kita menghidupkan penghawa dingin, kuasa bateri tambahan diperlukan hingga menyebabkan komponen lain terganggu dan kurang mendapat bekalan kuasa seperti lampu menjadi lemah.

“Perkara itu juga menyebabkan Unit Kawalan Elektronik (CPU) komputer kenderaan menerima kesan hingga pecutan menjadi lemah dan pemandu perlu menekan pedal dengan lebih kuat lagi,” katanya.

Menurutnya, i-Charge membolehkan kuasa distabilkan, malah Sistem Doktor Bateri (BDS) membolehkan pemandu memeriksa kuasa bateri kenderaan mereka dengan hanya menekan butang yang terdapat pada i-Charge tanpa perlu membuka bonet.

“I-Charge juga dilengkapi dengan Sistem Pengurangan Gangguan Radas Elektronik (IRS) yang membantu me ngurangkan gangguan bunyi daripada menjejaskan bahagian elektronik kereta apabila kuasa elektrik digunakan secara maksimum.

“Ini membolehkan CPU tidak menghadapi gangguan dan menerima maklumat tepat bagi memastikan kelancaran enjin yang optimum,” katanya.

Menurut Tengku Fazali, secara tidak langsung i-Charge berupaya mengurangkan penggunaan petrol apabila semua komponen beroperasi dengan lebih lancar.

0 ulasan: