Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Khamis, Jun 17, 2010

6 Cara menghasilkan pendapatan daripada lawan web

1. Menjual ruang iklan di laman web anda. Anda
boleh menjual banner atau iklan baris. Jika anda ingin
untuk membuat lebih banyak wang, menjual iklan sponsor yang mendapatkan
atas penempatan atau pendedahan terbaik.


2. Jika anda mempunyai cukup ruangan web, anda boleh menyewa
laman web orang lain. Anda juga boleh memberikan
mereka secara percuma dan menghasilkan wang dengan termasuk
Anda banner iklan pada laman web.


3. Kenakan kos untuk mengakses bahagian daripada anda
laman web. Orang akan membayar wang untuk anda
web halaman kandungan jika itu berharga bagi mereka. Itu
kandungan boleh ebooks, laporan, software, dll


4. Menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri. Mereka
harus berkaitan dengan audiens sasaran anda. Kau
ingin dapat mengambil kad kredit anda
tapak dan produk anda menghantar kepada mereka secepat
mungkin.


5. Membuat wang dengan menjual produk orang lain
dan perkhidmatan melalui program affiliate. Mereka akan
memberikan link untuk mengesan semua jualan anda. Anda boleh
dibayar per penjualan, klik atau sign-up.


6. Menerbitkan e-zine daripada laman web anda. Memiliki
mereka melanggan ke kanan e-zine daripada anda
laman web. Anda boleh menjual dikelaskan atau sponsor
iklan dalam e-zine anda.

5 Breakthrough Marketing Ideas

1. Offer to insert ads into your product package
for other businesses. Just ask, in return that they
do the same for your business. You should only
trade insert ads with businesses that have the
same target audience.


2. Offer a free daily class in your web site's chat
room. The class should be related to the subject
of your business or web site. This will get people
to visit your web site everyday.


3. Do you have a product that doesn't sell good?
Offer it as a free bonus for another businesses
product or service. You'll get free advertising by
placing your web site or business ad on the free
bonus.


4. Place different emotional response ads for the
same product or service all over your web site.
One ad may hit their hot button to buy more than
another ad.


5. Publish your e-zine in e-book format. You
could offer a larger number of articles per issue.
It also allows you to include graphics with your
ezine. Your advertising revenue would increase
because you could charge businesses for large
color ads.

Quote of the Day:

"The person who said money is the root of all evil just
flat out didn't have any." -- Stuart Wilde

Warm regards,

David Disch

Selasa, Mei 12, 2009

Hak Isteri bercerai Talak 3

Soalan:
MERUJUK penulisan mengenai perceraian talak tiga pada ruangan ini minggu lalu, saya ingin bertanya mengenai hak isteri yang diceraikan dengan talak tiga. Sebagai isteri yang diceraikan talak tiga, bolehkah saya menuntut nafkah edah.

Bekas isteri,
Hulu Selangor

Jawapan:
Isteri yang diceraikan, walaupun dengan talak tiga masih berhak mendapat nafkah edah, tetapi nafkah tempat tinggal saja. Tempat tinggal adalah menjadi hak kepada semua wanita yang bercerai tidak kira cerai mati, talak rajie, talak bain atau fasakh. Kecuali jika isteri disabitkan sebagai isteri nusyuz dan isteri masih kecil atau isteri tidak disetubuhi.

Firman Allah bermaksud: “Tempatkanlah isteri (yang menjalani edahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu.” (Surah at-Talaq, ayat 6)

Tujuan edah tempat tinggal adalah untuk meringankan beban ditanggung bekas isteri akibat perceraian. Dengan kata lain, apabila berlaku perceraian, bekas isteri mempunyai kediaman buat sementara waktu sebelum berpindah ke tempat lain.

Pada waktu sama, bekas isteri dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi kehidupan baru tanpa bantuan bekas suami. Edah tempat tinggal juga bertujuan anak hasil perkahwinan mempunyai tempat tinggal sesuai, meskipun ibu bapa mereka sudah berpisah.

Isteri berhak tinggal di rumah didiami ketika berlaku perceraian walaupun rumah itu hak suami. Jika suami tidak mempunyai rumah, isteri boleh memohon suami menyewakan rumah sesuai supaya isteri boleh mendiaminya semasa dalam tempoh edah.

Dalam keadaan suami yang tidak mempunyai rumah sesuai untuk ditempatkan bekas isteri yang dalam edah dan isteri meminta dihantar ke rumah ibu bapanya lalu suami bersetuju, maka bapa atau ibu kepada isteri berhak mengenakan sewa rumah ke atas suami selagi isteri belum habis edahnya.

Seksyen 72 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan:

l Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

l Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam seksyen kecil (1) akan terhenti jika tempoh edah sudah tamat atau jika tempoh penjagaan anak sudah tamat atau jika perempuan itu berkahwin semula atau jika perempuan itu melakukan perbuatan keji yang nyata dan sesudah itu suami boleh memohon mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Seksyen itu menjelaskan suami masih bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal sesuai untuk isterinya dalam tempoh edah. Hak tempat tinggal akan terhenti apabila isteri memenuhi salah satu daripada kriteria di atas. Selepas itu, suami boleh menuntut kembali rumah itu.

Hak tempat tinggal dalam edah ini perlu dituntut bekas isteri dalam tempoh seberapa segera yang mungkin, selepas berlaku perceraian. Jika isteri tidak berbuat demikian, hak itu akan gugur dan tidak menjadi hutang kepada bekas suami.

Merujuk kitab Kifayatul Akhyar, disebut yang maksudnya: “Berlalu sebahagian masa daripada edah atau keseluruhannya dan isteri yang diceraikan tidak menuntut hak tempat tinggal, maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya, seperti dinaskan as-Syafie.”

Di sinilah letaknya keindahan dan kesyumulan Islam. Apa pun keadaan berlaku kepada puan, janganlah sesekali salahkan Islam. Islam itu baik, cuma penganutnya saja yang tidak memahami serta melaksanakan Islam seperti sepatutnya.

Jika suami tidak menyediakan tempat tinggal puan semasa tempoh edah, saya nasihatkan puan bersegeralah ke Mahkamah Rendah Syariah tempat puan bermastautin, failkan tuntutan nafkah edah dengan jumlah kiraan yang wajar untuk peruntukan tempat tinggal.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang. Sila layari http://www.peguamsyarie.org

Ahad, Mei 10, 2009

Hibah secara bertulis boleh elak salah faham antara waris

Oleh Mohd NoorAizan Md Idrus
Sumber: Berita Harian – 24/10/2007

ELEMEN penting dalam pemberian hibah adalah penerimaan barang hibah atau Al-Qabd. Al-qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasai dan boleh melakukan sesuatu ke atas barang berkenaan.

Selepas lafaz ijab kabul dibuat, sesuatu hibah menjadi sempurna apabila berlaku al-qabd atau penerimaan barang oleh penerima. Ia bermakna lafaz ijab oleh penghibah dan lafaz kabul oleh penerima saja tidak memadai untuk menyatakan sesuatu lafaz hibah sudah sempurna.

Contohnya, Ali menghibahkan keretanya kepada Ahmad dengan lafaz: "Aku beri kereta ini kepada kamu", lalu dijawab oleh Ahmad, "Baiklah aku terima." Tetapi kereta itu tidak diserahkan kepada Ahmad.

Hibah masih belum sah sehingga kereta itu diberi kepada Ahmad. Walaupun geran kereta berkenaan masih di atas nama Ali, namun Ahmad adalah pemunya kereta selepas hibah itu sempurna.

Persoalan sering ditimbulkan adalah bolehkah pemberi hibah menarik balik hibah yang sudah dibuat? Mengikut Mazhab Syafie, pemberi hibah berhak menarik balik hibah jika belum berlaku serahan barang hibah kepada penerima hibah.

Bagaimanapun, jika sesuatu hibah sudah sempurna dilaksanakan, fuqaha' berbeza pendapat dalam menentukan hukumnya. Mazhab Syafie dan Hambali berpendapat pemberi hibah tidak boleh menarik balik hibah itu, kecuali hibah daripada seorang bapa kepada anaknya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti orang yang menjilat muntahnya sendiri."

Persoalan bolehkah seseorang sakit tenat atau nazak membuat hibah? Contohnya bapa sakit tenat, tiba-tiba berpesan kepada anaknya supaya membahagi harta iaitu rumah kepada anak pertama dan tanah kepada anak kedua. Adakah pemberian itu dianggap hibah atau wasiat? Jika ia hibah, adakah sah dilaksanakan?

Contoh di atas dinamakan hibah dalam Mard al-Maut, iaitu sakit yang boleh menyebabkan kematian. Hibah dibuat pada waktu itu boleh dihukum mengikut satu daripada dua kaedah iaitu kaedah hibah atau wasiat.

Jika ayah tadi meninggal dunia selepas itu, sebelum al-qabd berlaku, maka hibah itu dihukum sebagai wasiat. Mengikut kaedah wasiat, hibah itu hendaklah dilaksanakan setakat tidak melebihi satu pertiga daripada harta si mati dan penerima hibah pula bukan seorang daripada waris penghibah/simati.

Dalam kes di atas, penerima hibah adalah waris, maka hibah yang sudah menjadi wasiat itu hanya boleh dilaksanakan jika semua waris yang lain bersetuju dengan hibah berkenaan. Tetapi, jika ayah tadi masih hidup dan pulih selepas itu, hibah adalah sah selepas rukun dan syaratnya dipenuhi.

Bolehkah ahli waris membantah hibah yang dibuat selepas pemberi hibah meninggal dunia? Contohnya, seorang ibu tunggal memberi tanah kepada anak angkatnya tanpa memberitahu anak kandungnya yang lain sebelum dia meninggal dunia.

Kes seperti ini banyak berlaku dan ia mewujudkan perpecahan di kalangan waris, lebih-lebih lagi jika hibah itu dibuat secara lisan. Sebab itu, kita menyarankan supaya hibah dibuat secara bertulis dalam bentuk dokumen yang boleh ditunjukkan kepada pihak yang tidak mengetahui wujudnya hibah itu. Ia bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dan kejadian fitnah memfitnah antara waris.

Secara asasnya sesuatu hibah boleh dicabar di Mahkamah Syariah, tidak kira sama ada hibah dibuat secara lisan atau bertulis dalam bentuk dokumen oleh individu, peguam atau firma berautoriti. Bagaimanapun, ia hanya boleh dicabar atau dipertikaikan dari sudut sahnya mengikut hukum syarak atau jika ada waris yang tidak bersetuju dengan kandungan hibah itu selepas pemberi hibah meninggal dunia.

Pertikaian seperti di atas berlaku kerana harta yang dihibah masih di atas nama pemberi hibah pada masa penghibah meninggal dunia. Secara asalnya, menurut undang-undang, harta itu adalah milik arwah melainkan penerima hibah dapat membuktikan harta itu dihibah kepadanya.

Perkara inilah menyebabkan sesuatu kes itu perlu dibawa ke Mahkamah Syariah. Jika pemberi hibah menghibahkan sesuatu harta dengan terus menukar namanya di dalam dokumen hak milik kepada nama penerima hibah, ia tidak menjadi pertikaian.

Segala-galanya sudah jelas, harta itu bertukar milik kepada penerima hibah seperti tertulis di dalam dokumen hak milik. Jika tidak, amalan hibah yang dibuat pada masa itu perlu disahkan Mahkamah Syariah sebelum boleh dilaksanakan.

Dalam kes Eshah Abdullah dan Lima Yang Lain lawan Che Aminah Abdul Razak dan Dua Yang Lain (J.H bhg 2, Rejab 1425), Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu ketika menerima rayuan perayu membuat ulasan seperti berikut: "Diandaikan jika bangunan itu sudah bertukar kepada nama penerima, kemungkinan kes ini tidak lagi perlu dibawa ke mahkamah, kerana segala-galanya sudah jelas dan tercatat dalam dokumen."

Mahkamah dalam kes itu juga memutuskan bahawa penerimaan hasil sewa bangunan berkenaan oleh penerima hibah adalah qarinah, wujudnya al-qabd atau penerimaan oleh penerima hibah.

Justeru, dinasihatkan sesiapa bercadang untuk membuat hibah supaya terus menukar nama kepada penerima hibah dalam dokumen hak milik harta atau sekurang-kurangnya menandatangani borang pemindahan/penukaran hak milik untuk kemudahan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, bagi harta yang sukar untuk dibuat pemindahan hak milik, hibah seharusnya dibuat secara bertulis dan disaksikan oleh saksi atau dimaklumkan kepada keluarga untuk mengelakkan berlakunya salah faham di kemudian hari.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

AmanahRaya nafi lantik ejen korporat

Utusan Online - 13/02/2009

KUALA LUMPUR - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menafikan memberi persetujuan kepada syarikat Nazra Agency Sdn. Bhd. mewakili institusi itu bagi menggerakkan Program Pengurusan Harta Pusaka dan Penulisan Wasiat di Felda Wilayah Johor.

Pengurus Kanan, Jabatan Pembangunan Pasaran AmanahRaya, Azliah Suhod berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana wakil ejen korporat bagi syarikatnya dalam program tersebut.

"Syarikat agensi itu dilaporkan telah menggunakan logo rasmi AmanahRaya di dalam surat permohonan mereka bagi mengadakan program Wasiat Gerbang Selatan di Felda Taib Andak,'' kata Azliah dalam kenyataannya di sini hari ini.

Selain itu, jelasnya, syarikat agensi yang berselindung di sebalik AmanahRaya itu juga telah membuat surat pelantikan palsu sebagai ejen korporat AmanahRaya dan telah ditandatangani oleh pengurus cawangan Johor.

Jelas beliau, sebelum ini, AmanahRaya telah melantik 26 ejen korporat yang sah menerusi produk Wasiat AmanahRaya terdiri daripada sembilan buah institusi kewangan dan tujuh syarikat swasta di seluruh negara.

Pelantikan itu telah diluluskan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan dikawal selia oleh Jabatan Pengurusan Channel, AmanahRaya.

Tambah Azliah, pihaknya telah membuat satu laporan polis berhubung hal itu bagi melindungi dan melepaskan syarikatnya daripada sebarang tuntutan atau kerugian akibat daripada pengedaran surat palsu tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul.

"Saya berharap syarikat agensi yang menggunakan nama AmanahRaya bagi tujuan perniagaan dengan mengutip duit daripada peneroka Felda secara tidak sah supaya memberhentikan kegiatan mereka dengan segera,'' tegasnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan kepastian mengenai senarai ejen korporat AmanahRaya boleh menghubungi Talian Mesra AmanahRaya di talian 03-20729999 atau mengunjungi laman web AmanahRaya di http://www.amanahraya.com.my/partner.html

Nota Kaki Warisan MUKMIN:

Warisan MUKMIN Sdn Bhd merupakan salah sebuah agensi Ejen Korporat yang dilantik oleh Amanah Raya Berhad dengan no. kelulusan / No Ejen Korporat EK031. Untuk kepastian sila layari laman web AmanahRaya di http://www.amanahraya.com.my/partner.html

Sabtu, Mei 09, 2009

Mentua rampas harta pusaka

Kaunselor Anda: Mentua rampas harta peninggalan suami

bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)
bminggu@bharian.com.my

Keluarga arwah suami tidak mahu membuat faraid kerana khuatir harta diwarisi menantu dan cucu lelakinya

Soalan:


SAYA seorang janda berusia 24 tahun yang kematian suami. Saya makan hati dengan keluarga arwah suami. Saya adalah menantu perempuan sulung keluarga arwah suami. Saya bersama arwah mendirikan rumah tangga pada hujung tahun 2007 dengan restu kedua-dua ibu bapa kami. Suami saya baru meninggal dunia lima bulan lalu dalam kemalangan ketika pulang dari kerja. Ketika itu, saya sedang sarat mengandung.

Pada hari itu, ketika jenazah belum sampai di rumah, keluarga arwah sudah mengira harta suami. Hati saya hancur dengan sikap mereka, tambahan ibu mentua menyatakan saya hanya bernikah dengan anaknya selama 10 bulan, sedangkan dia menjaga anaknya ketika kakinya masih merah. Bayangkan betapa pedihnya hati saya sebagai isteri.

Hari demi hari keluarga arwah merampas semua harta peninggalan suami untuk saya dan anak, yang juga darah daging mereka sendiri. Malah, ibu mentua pernah menyatakan tidak akan menyerahkan satu sen pun peninggalan suami kepada saya. Namun, saya berikhtiar untuk mencari jalan untuk membahagikan harta peninggalan mengikut hukum syarak sebagai seorang Islam.

Sekali lagi saya ditentang oleh ibu mentua, mereka tidak mahu membuat faraid kerana khuatir harta itu diwarisi anak lelaki kami. Ikutkan hati, saya tidak mahu menyakiti hati ibu mentua dan keluarganya kerana mereka bagaikan ibu bapa saya sendiri. Kini saya buntu puan, hanya kecekalan hati dan ketabahan dalam diri ini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin Allah sedang menguji saya sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Kini saya hanya ingin membesarkan anak saya dan mendidiknya sehingga menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Namun, saya ingin memperjuangkan hak anak saya. Puan bantulah saya untuk menghadapi situasi begini.

Dewi Permata

Jawapan:


JODOH pertemuan dan ajal maut memang di tangan Tuhan, namun Tuhan tidak membenarkan kita untuk hanya berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa usaha. Tuhan sudah berjanji tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha mengubahnya.

Dalam proses ini kita tidak dibenarkan menimbulkan pergaduhan dan perselisihan yang melanggar hukum adat kehidupan. Dalam keadaan anda sekarang, anda harus jelas dan pasti apa jenis harta yang ditinggalkan oleh arwah suami. Jika benar-benar ada yang berbaloi dituntut seperti kereta, rumah, simpanan atau disebut harta tetap dan harta mudah alih yang perlu dituntut, anda boleh menuntutnya di mahkamah mengikut undang-undang. Ini adalah prosedur biasa. Buat laporan dan kemukakan tuntutan anda secara rasmi.

Tapi jika harta itu hanya barang peribadi milik arwah yang mudah alih dan luput seperti pakaian, rasanya tidak perlulah dikecohkan kerana menghormati roh arwah yang sedang di alam barzakh agar damai dan tenteram. Apatah lagi jika anda tidak tinggal serumah atau berdekatan dengan mentua. Jangan sampai kerana peninggalan yang sedikit ini akan meretakkan hubungan anda dengan nenek kepada anak anda.

Jika difikirkan secara sihat, anda sedang memiliki peninggalan arwah yang paling mahal dan paling penting iaitu waris keturunannya yang akan menjadi pelindung, penawar dan talian hayat anda ke syurga nanti iaitu anaknya. Inilah hadiah teragung daripada seorang suami. Pada pandangan Umi, jagalah harta termahal ini. Dengan penuh kasih sayang dan usaha yang gigih dan keyakinan yang tinggi bahawa setiap anak yang lahir itu ada rezekinya, maka berusahalah untuk berdikari mencari rezeki dari Allah untuk hidup bersama anak anda, pasti anda akan berasa puas dengan peninggalan suami anda yang satu-satunya ini. Yakinlah, ada masa depan cerah untuk anda dan anak yang disediakan Allah. Biarlah apa yang dilakukan oleh ibu mentua anda itu sebagai pengajaran untuk anda tidak melakukannya kepada orang lain nanti.
Tidak ada harga yang kekal dan mencukupi selamanya, pasti akan habis jua. Lagipun, harta pusaka jika disalah gunakan akan menimbulkan kesan negatif pada pemiliknya. Serahkan rezeki anda dan anak kepada Allah dengan keyakinan bahawa telah ditakdirkan Allah tidak akan ada orang lain yang akan mengambil rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.

Jika ini anda yakini anda tidak akan tamak kepada peninggalan arwah suami atau mana-mana harta yang menggoda kita. Laluilah dengan tenang agar anak anda menikmati kasih sayang anda sepenuhnya, kerana dia sudah kehilangan satu kasih sayang yang sangat mahal. Umi juga ingin berpesan anda sedang memelihara anak hebat, iaitu anak yatim. Siapa yang memakan harta anak yatim akan sulit hidupnya, malah haram hukumnya jika diperlakukan secara tidak adil.

Oleh itu rawatlah emosi anda dengan baik kerana kehilangan orang tercinta membuat anda mengalami goncangan yang kuat di jiwa. Allah berpesan, ....jangan berduka terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu (QS Al: Hadid:23) dan dipesan Rasulullah SAW “sesungguhnya kesabaran itu ada pada hentakan pertama.”

Dari pesanan ini jelas sesiapa yang mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dialah orang yang benar-benar memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan. Maka laluilah hidup anda seadanya sebagai hamba Allah.

Ahad, Mei 03, 2009

Brain:take it plezz!

The brain is the center of the nervous system in all vertebrate, and most invertebrate, animals. Some primitive animals such as jellyfish and starfish have a decentralized nervous system without a brain, while sponges lack any nervous system at all. In vertebrates, the brain is located in the head, protected by the skull and close to the primary sensory apparatus of vision, hearing, balance, taste, and smell.

Brains can be extremely complex. The human brain contains roughly 100 billion neurons, linked with up to 10,000 synaptic connections each. These neurons communicate with one another by means of long protoplasmic fibers called axons, which carry trains of signal pulses called action potentials to distant parts of the brain or body and target them to specific recipient cells.

From a philosophical point of view, it might be said that the most important function of the brain is to serve as the physical structure underlying the mind. From a biological point of view, though, the most important function is to generate behaviors that promote the welfare of an animal. Brains control behavior either by activating muscles, or by causing secretion of chemicals such as hormones. Even single-celled organisms may be capable of extracting information from the environment and acting in response to it.[1] Sponges, which lack a central nervous system, are capable of coordinated body contractions and even locomotion.[2] In vertebrates, the spinal cord by itself contains neural circuitry capable of generating reflex responses as well as simple motor patterns such as swimming or walking.[3] However, sophisticated control of behavior on the basis of complex sensory input requires the information-integrating capabilities of a centralized brain.

Despite rapid scientific progress, much about how brains work remains a mystery. The operations of individual neurons and synapses are now understood in considerable detail, but the way they cooperate in ensembles of thousands or millions has been very difficult to decipher. Methods of observation such as EEG recording and functional brain imaging tell us that brain operations are highly organized, but these methods do not have the resolution to reveal the activity of individual neurons. Thus, even the most fundamental principles of neural network computation may to a large extent remain for future investigators to discover.

Jumaat, Mei 01, 2009

Faedah Mandi Songsang

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut… Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8)Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Sebelum dan fikirlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Khamis, April 16, 2009

Artis?Dimana silapnya?

Mengapa industri perfileman Malaysia tidak mahu membuka pintu mereka kepada kualiti industri perfileman di Iran. Filem-filem Iran sangat berkualiti dan mengesankan.

Mungkin industri filem kita lebih pandukan penonton dan filem yang dibikin mestilah 'mesra pelanggan'.

Zaman P. Ramlee bagaimana? Filem P. Ramlee bagaimana? masih laku tak?

Kepada penerbit, pengarah dan penulis skrip, sedarlah sikit. Jangan terlalu banyak main wayang. Kamu akan diketawakan orang.

Selasa, Januari 27, 2009

Program Khas-Pelancaran Tabung Kemanusian Palestine DCL

Keganasan Israel terhadap Palestine sudah kita ketahui. Tidak banyak yang mampu kita lakukan selain daripada berdoa dan memboikot segala-gala yang berkaitan dengan rejim Zionis tersebut.

Selain daripada itu kita juga boleh menyumbang kepada Tabung Kemanusian Palestini DCL yang akan dilancarkan pada tarikh dan masa seperti dibawah:

Lokasi : Wisma DCL
Alamat : No 32 & 34, Wisma DCL, Jalan Wangsa Setia 4
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Malaysia
Waktu : Jam 8.30 malam
Tarikh : 28 January 2009

Pengasas kita mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menjayakan program tersebut. Pada hari tersebut semua wakil media,NGO dan pejuang DCL akan turut menjayakan majlis pelancaran itu nanti.

Sumbangan kita walaupun sedikit [RM1 @ RM10] mampu untuk meringankan sedikit beban mangsa kekejaman Zionis tersebut.

Ahad, Januari 25, 2009

Buku membincangkan isu aurat (edisi moden)



harga RM10

Sinopsis buku BAITUL MAQDIS:KESUCIAN YANG DIPERTAHANKAN



isi kandungan:
- nama-nama Baitul Maqdis
- sejarah Baitul Maqdis (sejak zaman pra-sejarah hingga Perang Dunia Pertama)
- kedudukan Baitul Maqdis di sisi 3 agama langit.
- pelan dan mercu tanda Baitul Maqdis

harga RM25 (tidak termasuk kos pos)

Dato' Azlina dinobat Wanita Ikon 2008

sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

tahniah Dato'.kami tumpang bangga dengan pengiktirafan ini. Dato' memang berhak berkat jasa-jasa memartabatkan ekonomi ummah.

DCL. SATU WADAH PERJUANGAN. LEBIH ADIL, LEBIH SUKSES.

Jumaat, Januari 23, 2009

Catatan tetamu MHI (4)




akhir kata, selepas program tv3 tu, saya pun tak sangka saya dapat melaluinya dengan baik, walaupun ada sedikit kekurangan.

akhirnya, mungkin saya dapat menemuinya. saya percaya ia datang daripada kursus2 dan latihan2 yg pernah saya hadiri dalam DCL.

antara pengisian DCL adalah kita ditanamkan sikap percaya kpd. kemampuan diri sendiri dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perniagaan dan kehidupan.

kita adalah hebat.

Rabu, Januari 21, 2009

Catatan tetamu MHI (3)

Ok. Slot pun bermula. Mula2 rasa gubra juga, tapi apabila dah masuk soalan kedua, naik semangat sikit sampai 'terbabas'. Maklumlah dah masuk gear 5, ditambah lagi masa suntuk. Kalau ceramah, takde masalah.

Segan pula masa si Fedtri tegur, berapa umur. Anak dah 4 tapi mengapalah ramai orang ala-ala tak percaya apabila saya jawab anak dah 4.

Sempat juga dia mengusik saya, dia puji warna baju batik saya sama dengan warna kulit buku. Tapi itu kebetulan je. Takde dalam perancangan pun,

Lupa nak bagitau, sebenarnya si Fedtri ni ada buat kerja rumah sebelum temubual ni, tapi saya tak sempat nak tanya apa soalan yg akan ditanya sebab masa suntuk.

Alhamdulillah, 'overall' semua berjalan lancar. Habis temuramah, kami dijamu dengan nasi goreng dan teh tarik. Semasa dalam bilik tetamu tu, sempat la saya dan staf TV3 bertukar-tukar pendapat tentang isu Gaza dan Palestin.

Ahad, Januari 18, 2009

Diari Ceramah-2 (SAM BBST)

pada malam minggu lepas, 16.1.2009, saya telah dijemput memberikan ceramah yang bertajuk 'Kenali Masjid al-Aqsa' di SAM Bandar Baru Salak tinggi selepas Maghrib.

selepas pembentangan, saya beri sedikit ruang kepada adik-adik pelajar menanyakan soalan. ada beberapa soalan yg berkisar ttg. sebab umat Islam tidak menghantar senjata kepada pejuang2 Islam di Gaza.

jawapan ringkas saya, isu perpaduan dan kesatuan. apabila umat islam bersatu, semuanya boleh dilakukan.

apa yang menarik, semasa menyediakan dan meneliti semula kandungan slide-show ceramah, banyak maklumat baru yg saya dapat, sedangkan selama ini, saya sangkakan tidak perlu banyak perubahan akan dilangsungkan.

Subhanallah, apabila Allah mahu menambahkan ilmun-Nya kpd seseorang, maka bersyukurlah dan jgn kufur.

selepas saya berceramah, wakil Global Peace turut memberi ceramah. beliau membawa kisah-kisah dan berita-berita terkini ttg. mangsa peperangan Gaza. sangat sedih dan terharu tapi itulah nasib umat Islam akhir zaman.

Rabu, Januari 14, 2009

Catatan tetamu MHI (2)

Saya kembali ke kereta dan sementara ada masa terluang, saya cuba melelapkan mata memandangkan kelat mata belum hilang sepenuhnya (tidur2 ayam je..). sekejap-sekejap tengok jam tangan dan jam kereta, risau juga sebab En. Shahrudin tak sampai-sampai lagi walaupun jam dah hampir 6.30 pagi.

Tak lama kemudian, ada sorang staf Must Read sampai. Sayapun cepat2 tanya dia, bila boss nak sampai? Dia jawab, "kejap lagi". Ok takpe, lega sikit. Selang 10 minit, boss Must Read pun sampai. Kami berdua pun lekas-lekas masuk kereta.

Perjalanan melalui MRR2 arah ke Kepong agak lancar memandangkan waktu masih awal. Kami bertiga berbual dan berbincang sedikit tentang perkembangan terkini di Gaza dan kempen boikot produk Amerika dan Israel. Kalau syarikat total Amerika dan Israel yang 'invest' di Malaysia, dah jelas la.

Yang jadi masalahnya, syarikat Amerika (atau Israel) yang menjual francais, misalnya KFC atau McD, malah pemegang francais adalah syarikat orang Islam. Tapi kalau nak pastikan kempen boikot ni berjaya, tak boleh lah hangat2 tahi ayam. Kenalah boikot secara berterusan.

Sampai je di Sri Pentas, kami pun terus bergegas mencari studio MHI. Masuk je dalam Sri Pentas, saya nampak studio Hot FM. Nampak Faizal Ismail dan Fafau sedang beraksi, mengendalikan rancangan pagi diorang. Tak sangka dapat tengok secara live. Kira saya respek la diorang ni sebab bakat dan kemampuan diorang berdua bercakap, banyak idea dan kreatif. Yang lain2 tu, biasa je (ada peminat Faisal atau Fafau ke kat sini?)

Ke depan sikit, ada set rancangan 'Apa-apa aje'. Set kat laluan orang, simple je. Kemudian, jumpa pulak dengan studioa Fly FM. Kecik je studioa. Rasanya bilik ASPURA lagi besar.

Masa ni, kami dah sesat sikit. Terpaksalah tanya pada staf TV3. rupanya dulu, tapak studio Fly FM kosong. Pastu tv3 buat 'partition'. Tu sebab jadi berubah. Dasyat juga. Semua ruang dimaksimakan. Tak de ruang membazir.

Terus menuju ke bilik MHI, sampai2 je nampak Datuk Dr. Maamor Osman, PPIM. Rupanya dia pun ada slot pagi tu, tapi lepas slot saya. Segan juga sebab dia dah sampai awal, sedangkan saya baru sampai, macam la pro sgt. Tapi tak kisah la, nak buat camna. Saya dah sampai awal, 'pemandu' yang lambat.

Pastu, pengurus tetamu (istilah reka sendiri) minta saya 'touch up' muka sikit. Segan betul. Jurusolek berus muka ala kadar dan sikat kening dan misai. Dah selesai, sayapun di bawa masuk ke set MHI.

Masa ni, Mazidul dan Fitri tengah bagi ulasan berita kot. Kemudian, ada juruteknik pasangkan mikrofon kecil di baju. Sementara menunggu, saya duduk di set WHI. Opss lupa nak bagitau, set MHI dan WHI dalam satu studio.

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, saya pun dijemput duduk di sofa merah. Mula-mula gelabah juga tapi tenangkan hati dan banyakkan selawat. Saya fikir inilah peluang nak beri kefahaman lebih kepada audien. So, tenang2…

Sebelum temuramah saya bermula, MHI menayangkan video klip mangsa serangan Israel di Gaza. Sungguh sadis dan menyayat hati (lagu iringan, 'Intifadah' oleh Rabbani). Sebelum slot bermula, saya tertanya-tanya juga, sapala personaliti yang akan temuramah saya. Harap2 juga dapat Fedtri Yahya.

Alhamdulillah, dapat juga. Kalau dapat Mazidul, naya la pulok. Sebelum siaran bermula, saya bertanya kepada Fedtri, ada soalan dari pemanggil? Dia jawab, 'takde'. Lega …. Dada dah berdebar2 ni, ok ke tidak nanti aku cakap kat tv ni?...

Bersambung…

Selasa, Januari 13, 2009

Realiti Umat Islam:satu renungan

Salam,
saya terserempak dengan satu artikel di UM yang sangat menarik. sila klik untuk membacanya.

Catatan tetamu MHI

Catatan tetamu MHI pada 12 Januari 2009.

Di sini aku catatkan secara ringkas kronologi temuramah aku di MHI. Semoga ia dapat memberikan panduan kepada semua yang mungkin akan menjadi tetamu mana-mana syarikat tv.

Sebenarnya, slot temuramah ini dibuat pada cuti sekolah akhir tahun 2008 tetapi malangnya dibatalkan kerana alasan 'tidak relevan'. Pada mulanya, aku rasa terkilan juga ekoran pembatalan ini tetapi tetap reda. Aku yakin ada peluang lain pada masa akan datang (tetapi tidak bermakna aku berdoa penduduk Gaza kena serang ye…..).

Akhirnya, doaku terkabul juga. Pada suatu petang, seminggu sebelum 12 Jan, penerbit buku mnelefonku dan memaklumkan aku dijemput memberi ulasan pada tarikh 12 atau 16 Jan. setelah berfikir masak-masak, aku memilih tarikh 12 sebab kalau pilih tarikh 16, takut dibatalkan sekali lagi.

Seawal 4 pagi, aku sudah bangun dan mengulangkaji buku. Ada sedikit masa, aku surfing dan cari bahan-bahan tambahan (nilah untungnya ada Streamyx..). Perjalanan bermula pada jam 5 pagi. Sepatutnya lebih awal lagi aku bertolak dari rumah tetapi memandangkan perutku tidak semena-mena meragam (2 kali masuk bilik hajat), terpaksalah aku bertolak lebih lewat.

Sepanjang perjalanan melewat lebuhraya KL-Seremban, laluan trafik sangatlah memudahkan. Tidak banyak kenderaan. Aku terasa macam lebuhraya itu, aku yang punya. Kereta Kelisaku meluncur laju, berlumba dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Walaupun dalam keadaan masih 'terpinga-pinga', aku menekan pedal minyak sehingga mencecah 140 kmj (kalau polis trafik tau, mesti kena saman punya…).

Aku sampai ke Wangsa Melawati sejurus sebelum Subuh. Akupun melaporkan ketibaanku kepada En. Shahrudin, pemilik Must Read Sdn Bhd, syarikat penerbit buku 'Baitul Maqdis:Kesucian yang dipertahankan'. Beliau yang akan membawa aku ke Sri Pentas sebab jalan kat KL ni, aku tak berapa paham sgt Seterusnya, aku pun berjalan kaki ke Masjid Wangsa Melawati (tak ingat nama masjid..) dan sekali lagi, sakit perutku menyerang. Cepat-cepat aku mencari tandas. Mujur sempat solat Subuh bersama jemaah masjid.

Bersambung……