Selasa, Januari 13, 2009

Catatan tetamu MHI

Catatan tetamu MHI pada 12 Januari 2009.

Di sini aku catatkan secara ringkas kronologi temuramah aku di MHI. Semoga ia dapat memberikan panduan kepada semua yang mungkin akan menjadi tetamu mana-mana syarikat tv.

Sebenarnya, slot temuramah ini dibuat pada cuti sekolah akhir tahun 2008 tetapi malangnya dibatalkan kerana alasan 'tidak relevan'. Pada mulanya, aku rasa terkilan juga ekoran pembatalan ini tetapi tetap reda. Aku yakin ada peluang lain pada masa akan datang (tetapi tidak bermakna aku berdoa penduduk Gaza kena serang ye…..).

Akhirnya, doaku terkabul juga. Pada suatu petang, seminggu sebelum 12 Jan, penerbit buku mnelefonku dan memaklumkan aku dijemput memberi ulasan pada tarikh 12 atau 16 Jan. setelah berfikir masak-masak, aku memilih tarikh 12 sebab kalau pilih tarikh 16, takut dibatalkan sekali lagi.

Seawal 4 pagi, aku sudah bangun dan mengulangkaji buku. Ada sedikit masa, aku surfing dan cari bahan-bahan tambahan (nilah untungnya ada Streamyx..). Perjalanan bermula pada jam 5 pagi. Sepatutnya lebih awal lagi aku bertolak dari rumah tetapi memandangkan perutku tidak semena-mena meragam (2 kali masuk bilik hajat), terpaksalah aku bertolak lebih lewat.

Sepanjang perjalanan melewat lebuhraya KL-Seremban, laluan trafik sangatlah memudahkan. Tidak banyak kenderaan. Aku terasa macam lebuhraya itu, aku yang punya. Kereta Kelisaku meluncur laju, berlumba dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Walaupun dalam keadaan masih 'terpinga-pinga', aku menekan pedal minyak sehingga mencecah 140 kmj (kalau polis trafik tau, mesti kena saman punya…).

Aku sampai ke Wangsa Melawati sejurus sebelum Subuh. Akupun melaporkan ketibaanku kepada En. Shahrudin, pemilik Must Read Sdn Bhd, syarikat penerbit buku 'Baitul Maqdis:Kesucian yang dipertahankan'. Beliau yang akan membawa aku ke Sri Pentas sebab jalan kat KL ni, aku tak berapa paham sgt Seterusnya, aku pun berjalan kaki ke Masjid Wangsa Melawati (tak ingat nama masjid..) dan sekali lagi, sakit perutku menyerang. Cepat-cepat aku mencari tandas. Mujur sempat solat Subuh bersama jemaah masjid.

Bersambung……

0 ulasan: