Isnin, Mac 23, 2009

Harakah digantung..

Asalnya, saya tidak bercadang mahu menyambung komen ttg. penerbitan HARAKAH, namun apakan daya, terpaksa menyambung komen kerana rupa-rupanya operasi rampasan HARAKAH adalah pra-penggantungan HARAKAH sebenarnya.

Mungkin ini arahan DS N kerana banyaknya 'gangguan-gangguan' yg datang daripada HARAKAH dan SK.

sila tekan:Utusan Malaysia

Khamis, Mac 19, 2009

Rampasan Harakah!!

semalam, saya telah pergi ke sebuah kedai milik peniaga India di Bandar Baru Salak Tinggi, dgn hajat nak membeli Harakah. setelah membelek-belek susunan-susunan suratkhabar, tak jumpa Harakah.

saya pun bertanya kepada Ane, "Ane, mana ni Harakah?".

Dia jawab, "Tak jual".

Saya tak puas hati, "Dah habis ke, tak jual lagi?".

Dia jawab, "Kena rampas".

Pendek cerita, Kementerian Dalam Negeri telah merampas Harakah 3 hari lepas, atas alasan larangan menjual bahan-bahan bacaan mengandungi teks al-Quran (ane tu agama Hindu)

kesimpulannya, desperate move oleh Bien.

Isnin, Mac 16, 2009

pro anti-PPSMI

Salam,
Minggu lepas, sekolah saya mengadakan Ujian Prestasi 1. macam biasa, murid-murid ni walaupun dah diterangkan cara-cara nak menjawab soalan, masih nak bertanya.

Jadi, dipendekkan cerita, ada sorang murid saya ni yang tergolong dalam komuniti murid bijak. Dia mendatangi saya dan bertanya. tapi apa yg. membuatkan saya 'blank' sebentar adalah dia menggunakan istilah 'equal', bukannya 'sama dengan' atau 'sama juga'...

jadi, cuba kita bayangkan, apa akan berlaku jika PPSMI diteruskan....sudahlah kita (Melayu) menggunakan huruf-huruf Rumi, akan datang, angka-angka pun guna english..
alangkah harunya..sebuah bekas Tanah Melayu..

Jumaat, Mac 06, 2009

MENGAPA Poligami...?

Perkara biasa dalam masyarakat kita apabila berbicara tentang POLIGAMI adalah negatif dan negatif. mengapa tidak kita cuba melihatnya daripada kebajikan pasangan. misalnya ada pasangan yang tidak mempunyai anak walaupun telah bertahun-tahun berkahwin.

walaupun isteri telah memberikan 'lampu hijau' kepada suami untuk berpoligami, tetapi akhirnya suami tidak jadi berpoligami kerana bimbang gosip daripada masyarakat sekeliling terhadap isteri mahupun suami.

isteri mungkin dikatakan mandul, tak pandai melayan suami sehingga suami dingin dll. suami pula dikatakan gatal, ambil kesempatan, mata keranjang dll.

kesimpulannya, masyarakat sewajarnya memberi sokongan moral kepada pasangan2 yg mahu mengambil risiko berpoligami atas sebab-sebab yang diharuskan oleh Syarak.

Selasa, Mac 03, 2009

AGM ALKIS

salam,
pada hari Sabtu lepas bersamaan 28 Februari 2008, saya telah menghadiri AGM ALKIS. kehadiran sekadar suam-suam kuku. mengapa dan kenapa?

tetapi yang menariknya, kehadiran YB takiyuddin dan YB Fatah dari Kelantan. Saya amat kagum dengan komitmen mereka menghadiri program-program ALKIS. di tengah-tengah kesibukan mereka sebgai YB, sempat lagi naik AirAsia awal pagi dan datang pada masa yang sepatutnya.

alangkah seronoknya jika ALKIS bersikap macam tu..