Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Isnin, Mac 23, 2009

Harakah digantung..

Asalnya, saya tidak bercadang mahu menyambung komen ttg. penerbitan HARAKAH, namun apakan daya, terpaksa menyambung komen kerana rupa-rupanya operasi rampasan HARAKAH adalah pra-penggantungan HARAKAH sebenarnya.

Mungkin ini arahan DS N kerana banyaknya 'gangguan-gangguan' yg datang daripada HARAKAH dan SK.

sila tekan:Utusan Malaysia

Khamis, Februari 26, 2009

Tollllllllllll

salam,

"Timbalan menteri antara yang terkejut

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Beberapa wakil rakyat malahan seorang timbalan menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.

Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini."

Inilah isyarat Pilihanraya Umum semakin hampir, juak-juak emeno sedang kumpul modal untuk membeli undi...

Peletup Mongolia sedang menajamkan lagi cengkaman terhadap kerajaan dan parti...
tunggu 'babak' seterusnya...

"kucari kambing"

Rabu, Februari 18, 2009

Kerbau membawa lumpur..dan kancil sekancilnya

Salam,
mengulas lanjut kes Eli Wong, sekiranya benar beliau ada melakukan seks tanpa kahwin dengan bekas teman lelakinya, memang sewajarnya beliau meletakkan jawatan kerana tidak ada agama di dunia yang menghalalkan zina.

Jika beliau bersih dari perlakuan seks tanpa kahwin, beliau juga masih perlu meletakkan jawatan sebagai YB kerana imej dan kehormatan beliau sebagai seorang wanita telah dicerobohi. Bagaimana beliau menghadapi masyarakat dengan keadaan ini?

Walaupun beliau mungkin meletakkan jawatan, beliau masih boleh berkhidmat di belakang tabir. Masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan.

Ini juga satu peringatan kepada pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang lain agar berhati-hati dalam tindakan mereka walaupun hak peribadi kerana mata-mata Bien sentiasa mencari peluang.

Bak kata bidalan 'jerat tak pernah lupakan pelanduk, oleh itu, jadilah kancil sekancil-kancilnya'

Selasa, Februari 17, 2009

Hawa nafsu yang Raja

Insiden malang yang berlaku ke atas YB Elizabeth Wong membuktikan, untuk entah keberapa kali, taktik 'ends justify means' pihak-pihak tertentu. siapa mereka? anda sudah pasti tahu siapa mereka.

Bagaimana sebuah parti yang memerintah sebuah negara menggerakkan rejim-rejim tertentu demi memuaskan cita-cita politik mereka. Apakah yang akan berlaku kepada negara itu?

Negara itu akan diperintah oleh hawa nafsu dan akal. Hawa nafsu yang 'berfikir', manakala akal pula tunduk kepada kemahuan nafsu. Iman dan Islam dipendamkan atau Jawa kata, dipendemkan (ditanam).

Isnin, Februari 16, 2009

Lembu punya susu.....

Salam,
Situasi di Perak DR mungkin tidak pernah terfikir oleh kita semua. Bagaimana sebuah kerajaan yang dipilih oleh Rakyat secara sah telah 'dilingkupkan' dengan teknik ala -Mafia.

Dengar khabar, MB baru juga adalah kroni Menteri Perdana, sedangkan yang menjadi pemain utama berjaya dipinggirkan, ibarat pepatah 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.