Rabu, Februari 18, 2009

Kerbau membawa lumpur..dan kancil sekancilnya

Salam,
mengulas lanjut kes Eli Wong, sekiranya benar beliau ada melakukan seks tanpa kahwin dengan bekas teman lelakinya, memang sewajarnya beliau meletakkan jawatan kerana tidak ada agama di dunia yang menghalalkan zina.

Jika beliau bersih dari perlakuan seks tanpa kahwin, beliau juga masih perlu meletakkan jawatan sebagai YB kerana imej dan kehormatan beliau sebagai seorang wanita telah dicerobohi. Bagaimana beliau menghadapi masyarakat dengan keadaan ini?

Walaupun beliau mungkin meletakkan jawatan, beliau masih boleh berkhidmat di belakang tabir. Masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan.

Ini juga satu peringatan kepada pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang lain agar berhati-hati dalam tindakan mereka walaupun hak peribadi kerana mata-mata Bien sentiasa mencari peluang.

Bak kata bidalan 'jerat tak pernah lupakan pelanduk, oleh itu, jadilah kancil sekancil-kancilnya'

0 ulasan: