Rabu, April 29, 2009

Pelan Lambaian Kaabah

1. Adakah tuan/puan bercita-cita dan berimpian untuk mengerjakan haji dan umrah?
2. Adakah tuan/puan mempunyai rancangan simpanan untuk menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan?
3. Adakah anda pernah terdengar atau mengetahui 'upah haji' terjamin walaupun simpanan di buat dalam masa 2 bulan?
4. Adakah tuan/puan berminat jika saya dapat menunjukkan bagaimana dan di mana untuk mendapatka upah haji yang di jamin walaupun simpanan baru 2 bulan sahaja?

Jika YA, sila hubungi saya-019-208 6594.
Dengan hanya simpanan RM100 sebulan, impian anda akan terlaksana.

Nostalgia Kemahiran Amal Islami (KAMIL).

Bagi pembaca yang pernah menerima pendidikan di Kafa atau Sekolah Rendah Agama di Selangor, tentu dah biasa dengan KAMIL. Tetapi pada zaman saya bersekolah agama sekitar 1985-1990, istilah KAMIL belum lagi digunakan tetapi sekadar menggunakan istilah Ihtifal sekolah agama.
Pada waktu itu, sekolah-sekolah agama belum banyak lagi seperti sekarang. Jadi peluang untuk mewakili daerah sangat cerah. Saya pernah mewakili daerah Sepang sebanyak 2 kali iaitu pada 1987 dan 1989. kebetulan pula, pada waktu itu ia dijalankan 2 tahun sekali, tidak seperti sekarang, tiap-tiap tahun.
Pada tahun 1987, saya berjaya mewakili daerah Sepang dalam acara kuiz agama. Ihtifal peringkat negeri pada tahun itu dilangsungkan di SAMT Hisamudin Sg Berteh, Klang. Inilah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga. Peserta-peserta dari Sepang telah ditempatkan di asrama puteri, tingkat 3, bilik hujung menghadap padang. Inilah masalahnya budak-budak belum baligh dapat menginap di asrama puteri, ada la beberapa orang kawan-kawan yang gatal tangan menyelongkar barang-barang akak-akak ni.
Tapi rasanya tak dala melampau sangat. So, kalau ada akak-akak tu yang terbaca blog saya ni, minta maaf la ye. Terima kasih la sebab sudi menumpangkan kemudahan-kemudahan antunna kepada kami.
Acara kuiz tak ingat bila dipertandingkan tetapi yang pastinya kami tak menang. Apapun tak kisah la sebab dapat pengalaman baru dan menarik. Mujur juga tak bersekolah di SAMT Hisamudin tu. Kalau tidak….
Kemudian, 2 tahun selepas itu, sekali lagi saya berjaya juga mewakili daerah Sepang, walaupun sepatutnya saya tidak terpilih pada masa itu kerana status saya sebagai murid Tahun 5, tetapi atas kepercayaan guru-guru, maka saya mendapat tempat dalam pasukan kuiz agama. Maka saya pun berlatih dengan 2 orang lagi peserta tahun 6.
Alhamdulillah, dalam pertandingan peringkat daerah, pasukan kami berjaya menjadi johan. Ihtifal peringkat negeri pula diadakan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam.
Saya memang teruja nak pergi kerana tak sabar melihat Masjid Negeri Selangor, yang pada masa itu di kira masih baru. Di sini kami diberi penginapan dalam bilik kecil tapi tak kisahla selagi selesa. Cuma kali ini tak dapat asrama puteri kerana sekolah itu semua pelajarnya adalah putera.
Dari aspek pertandingan, sekali lagi tak berjaya. Tak tahulah mengapa. Mungkin kurang persediaan agaknya.
Tetapi taqdir Allah, akhirnya saya mendapat tawaran masuk ke sekolah ini semasa saya tingkatan 1. alhamdulillah.

Falsafah biji benih.

Sejak kegawatan ekonomi pada tahun 1997-98, kerajaan telah menggalakkan rakyat mengamalkan pertanian secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan. Kemudian, sejak Pak Lah menjadi PM Malaysia yang ke 5, industri pertanian telah mengalami tranformasi yang, pada saya, amat membanggakan.
Selaku orang kampung dan menggemari aktiviti pertanian, tidak salah rasanya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Pak Lah atas keprihatinan beliau dalam perkara ini. Berbanding dengan Tun M, Tun M nampaknya tidak mengambil berat industri pertanian. Tumpuannya hanyalah perdagangan dan perkilangan.
Sebagai anak tani dan anak kampung, saya sendiri ada menyediakan sedikit kawasan di depan rumah untuk pertanian. Beberapa bulan lepas, saya telah meminta segenggam biji benih kacang panjang istimewa. Mengapa saya kata istimewa? Kerana kacang panjang ini telah mengalami pengubahsuaian genetik. Ia tidak memanjat tetapi hanya tumbuh menegak lebih kurang 1 kaki.
Saya telah menanam biji-biji benih itu dalam beg plastik hitam. Kebetulan, ada sebeg biji benih ini sedikit bermasalah. Tanahnya menakung air menyebabkan biji benih itu terapung. Sedikit demi sedikit, akarnya telah tumbuh tetapi oleh sebab tiada pengalaman, saya tak dapat menentukan adakah ia akar atau pucuk? Jadi saya pun main tibai saja, dan timbus semula biji benih itu.
Tidak lama kemudian, pucuknya mulai tumbuh. Akhirnya barulah saya tahu bahawa akarnya tumbuh dulu barulah pucuknya. Tapi sudah terlambat, biji benih itu akhirnya mati walaupun telah tumbuh akar dan pucuk disebabkan bekalan tenaga dan kegagalan benih itu menghasilkan tenaga baru.
Pengajarannya, berbudi kepada tanah memang menguntungkan sebab itu al-Quran mengkiaskan perbuatan suami isteri sebagai pertanian. (senyum sendiri).
Pengajaran kedua, sebelum kita melakukan apa-apa, lebih baik kita mengukuhkan dulu pengkalan atau asas kita, selepas itu barulah kita mara ke hadapan. Janganlah kita menjadi orang yang 'belum duduk sudah berlunjur'. Kelak buruk padahnya.
Inilah juga yang diamalkan oleh Nabi s.a.w di Mekah dan Madinah. Akhir kata, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Selasa, April 28, 2009

AGM ALKIS 09





Laut beku di Pakistan









Isnin, April 27, 2009

Ahad, April 26, 2009

Tudung Kaktus







































TUDUNG KAKTUS DATANG LAGI...!

Memandangkan permintaan terhadap Tudung Kaktus sangat baik, HRA ENTERPRISE mengeluarkan lagi 20 warna dan corak tudung ini. Tudung ini akan di upload dari semasa ke semasa. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Ciri-ciri istimewa:- Tidak jarang- Tidak perlu digosok- Ringan- Lembut- Sejuk-
Boleh didapati dalam empat saiz bulat dan empat saiz empat segi.

Tudung M-boss (emboss)










Tudung M-BOSS bersumber inspirasikan maklum balas pelanggan-pelanggan setia yang mencari-cari tudung berwarna plain. Rasailah pesona texture kainnya yang lembut, senang dibentuk dan sejuk. (Jenis kain koshibo)

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!!! Bertindak segera sebelum kehabisan stok....
Tudung M-BOSS didatangkan bersama 7 warna lembut

Harga
Empat segi : RM28
Bulat atau bundar : RM33

Jumaat, April 17, 2009

AWAS; cermin pecah....

Pernahkah saudara membeli sebarang produk tin aerosol dan membiarkannya di dalam kereta? Jika ya, lebih baik saudara berhati-hati. Kejadian malang yang berlaku kepada seorang ustazah di sekolah saya elok dijadikan peringatan.

Ustazah 'a' telah membeli setin ubat nyamuk aerosol yang dikirim oleh seorang rakan. Tetapi dia terlupa untuk menyerahkan aerosol tadi kepada kawannya dan membiarkannya di sepeker belakang kereta Kancil miliknya.

Kebetulan, cuaca pada Jumaat lepas sangat terik. Ustazah 'a' meletakkan Kancilnya memang di tengah panas.

Lebih kurang 2 jam kemudian, tiba-tiba aerosol tersebut meletup dan memecahkan cermin belakang pecah berderai dan cermin depan retak teruk. Kebetulan ustazah 'a' tidak 'tinted' cermin kereta. Semua orang terkejut kerana sangka tayar meletup.

Selepas itu, beberapa orang guru telah membantu beliau membersihkan tempat kejadian daripada pecahan-pecahan kaca.

Pengajaran- sentiasa pastikan cermin kereta anda di buka sedikit semasa meletakkan kenderaan di tengah panas kecuali anda ada duit yang tidak tahu nak buat apa.

'belilah produk DCL'

Khamis, April 16, 2009

Artis?Dimana silapnya?

Mengapa industri perfileman Malaysia tidak mahu membuka pintu mereka kepada kualiti industri perfileman di Iran. Filem-filem Iran sangat berkualiti dan mengesankan.

Mungkin industri filem kita lebih pandukan penonton dan filem yang dibikin mestilah 'mesra pelanggan'.

Zaman P. Ramlee bagaimana? Filem P. Ramlee bagaimana? masih laku tak?

Kepada penerbit, pengarah dan penulis skrip, sedarlah sikit. Jangan terlalu banyak main wayang. Kamu akan diketawakan orang.

Rabu, April 15, 2009

Sikap beberapa kerat artis yang melampau

Apabila membaca kisah Nabil yang bersikap tak kisah apabila memeluk buah hatinya, Irma Hasmie, sedikit sebanyak saya terkesan. Kemudian saya bandingkan pula dengan kisah hijrah penyanyi-penyanyi rock, misalnya Amy, Yantzen, Mel, ibarat kompas.
Insan-insan yang bergiat dalam seni bermula dengan niat nak popular atau cari makan atau dengan niat nak memperjuangkan sesuatu. Kadang-kadang menyanyi rock tapi ada mesej.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun kembara mencari sesuatu yang memuaskan hati, barulah otai-otai rock ini berjumpa dengan Islam. Mereka berdakwah dengan cara mereka. Lebih kurang di Indonesia. Ada band gigs yang berdakwah dengan lagu gigs.
Kita bandingkan pula dengan artis-artis baru masih seronok dengan kecantikkan dunia seni. Macam-macam ragam ada. Yang perlu disimpan, didedahkan. Yang tak patut buat, dibuat, lagi-lagi dalam sebarang majlis. Mahukan publisiti murahan agaknya. Mungkin boleh jual suara, mungkin tak boleh jual suara. Kalau tak boleh jual suara, apa-apa barang yang boleh jual, jual la juga.
Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa orang artis yang kelihatannya bebal dalam menerima teguran dalam hal-hal agama. Mereka ini umpama tiada lubang telinga, tiada kornea mata. Walaupun dah ditegur, tapi buat tak tahu saja dan mengulangi maksiat yang sama.
Artis-artis spesis macam ini, elok diberi pengajaran. Kalau zaman Wings kena gam kerana berambut panjang, kenapa tidak boleh dilaksanakan hukuman yang sama kepada artis sekarang? Saya harap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil perhatian perkara ini. Kita melenting dengan filem-filem Barat yang berlambak di Malaysia tapi dalam diam rupanya artis kita pun menyokong budaya Barat dan menjadi ejen mereka.
Saya harap Pak Menteri tidak mengamalkan politik dan dolak-dalih yang tidak berasas. Sekali lagi, saya kempen supaya boikot Nabil selagi dia tidak minta maaf dan bertaubat.

Sila baca komen Nabil dan nilailah dengan neraca iman :
" Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia lebih-lebih lagi selepas bercinta dengan aktres tinggi lampai, Irma Hasmie, Nabil menyifatkan kekasihnya itu banyak membantunya di kala dia susah.
"Sebagai manusia, kita tidak akan melalui kehidupan kita dengan lancar. Kita pasti berdepan dengan situasi yang mampu membuatkan kita sedih dan sebagainya.
"Kehadiran Irma telah menjadikan saya seorang yang lebih baik. Dia banyak memberikan sokongan serta dorongan untuk saya lakukan yang terbaik dalam kerjaya seni saya," jelasnya sambil memandang manja Irma di sisinya.
Kasih sayang Nabil terhadap Irma dapat dilihat dengan jelas apabila dia memeluk kekasihnya apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.
Gelagatnya itu sedikit sebanyak mencetuskan perasaan kurang selesa kepada mereka yang melihatnya tetapi Nabil mempunyai pandangan tersendiri.
"Saya tidak menyesal memeluk Irma. Sebaliknya, perasaan itu datang sendiri dan ia menunjukkan betapa saya gembira dengan kemenangan dan saya mahu berkongsi dengan Irma.
"Biarlah apa orang nak kata sedangkan kalau kita tak buat pun orang akan mengata. Saya tidak mahu fikirkan sangat tentang hal ini kerana saya tahu apa yang saya lakukan," jelas Nabil yang bersikap defensif terhadap perlakuannya itu."

Perbaiki KAFA Selangor

Beberapa cadangan hasil pemerhatian untuk memperbaiki KAFA Integrasi Selangor.
Baru-baru ini kerajaan Selangor telah menambah baik KAFA. Tetapi masih ada beberapa masalah yang per;u diberi perhatian oleh JAIS.
1. Masa mengajar yang terlalu lama. Waktu mula kerja yang diberi pilihan adalah 1-6 petang dan 1.30-6.30 petang. Masalah yang berlaku adalah guru-guru punch kad dan keluar membuat urusan masing-masing. Satu lagi masalah yang timbul adalah apabila mengambil pilihan 1.30-6.30 petang, guru-guru pulang lewat, dan ini adalah berbahaya kepada guru wanita dan juga waktu untuk bersiap sedia ke masjid menjadi semakin suntuk. Ustazah-ustazah pula mengganggu pengurusan rumahtangga. Cadangan saya- adalah lebih baik JAIS menetapkan masa yang praktikal. Pandangan saya, masa 2-6 petang lebih praktikal.
2. pelajar-pelajar sekolah rendah, majoritinya menjalani kegiatan ko-kurikulum pada sebelah petang. Saya tertanya-tanya mengapa kegiatan ini tidak boleh dijalankan pada sebelah pagi? Sewajarnya dan sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan mengambil serius perkara ini. Kegiatan ko-kurikulum pada tahap rendah atau menengah wajar di adakan pada sebelah pagi dan tidak menggunakan waktu sebelah petang. Ini memberi manfaat kepada guru-guru kerana lebih masa untuk persediaan proses P dan P dan juga secara tidak langsung mengurangkan beban masa bekerja guru. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid dapat menghadiri sekolah agama petang dengan lancar dan tiada gangguan akibat terpaksa menghadiri kegiatan ko-kurikulum di sebelah pagi. Mentaliti masyarakat umum terhadap sekolah agama dengan memberi gambaran sekolah kelas ke dua secara tidak langsung memberi kesan yang sama kepada murid-murid. Tidak hairanlah disiplin yang mereka amalkan adalah disiplin 'double standard'. Di sekolah kebangsaan, disiplinnya baik tapi di sekolah agama disiplinnya dipertikaikan dan sering dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak sepatutnya.

Isnin, April 13, 2009

Banjir kilat di Sepang

Salak 13hb- Sebahagian Kg. Lembah Paya telah ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan malam semalam. Taman Desa Merpati juga turut dinaiki air. Beberapa rumah kediaman ditenggelami air sehingga paras tingkap. Hujan lebat berterusan mengakibatkan air Sg. Jijan naik mendadak dan melimpahi tebing. Jalan masuk ke Kg Jijan Hilir juga turut ditenggelami air. Banjir kilat juga turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dari arah Salak Tinggi dan Sepang. . Pasar harian pekan Salak turut menerima kesan banjir kilat sehingga para peniaga terpaksa memindahkan tempat perniagaan mereka ke padang letak kereta pekan Salak untuk sementara. Bagaimanapun, banjir mulai surut sedikit demi sedikit sejak awal pagi.

Selasa, April 07, 2009

Buntu.

hajat hati memang la sumbat semua informasi dalam blog ni sebab namanya pun, PUSTAKA HANIF. tapi akibat kerosakan yang menimpa hardware saya, jadi lemah semangat nak tulis lebih canggih.