Rabu, April 15, 2009

Perbaiki KAFA Selangor

Beberapa cadangan hasil pemerhatian untuk memperbaiki KAFA Integrasi Selangor.
Baru-baru ini kerajaan Selangor telah menambah baik KAFA. Tetapi masih ada beberapa masalah yang per;u diberi perhatian oleh JAIS.
1. Masa mengajar yang terlalu lama. Waktu mula kerja yang diberi pilihan adalah 1-6 petang dan 1.30-6.30 petang. Masalah yang berlaku adalah guru-guru punch kad dan keluar membuat urusan masing-masing. Satu lagi masalah yang timbul adalah apabila mengambil pilihan 1.30-6.30 petang, guru-guru pulang lewat, dan ini adalah berbahaya kepada guru wanita dan juga waktu untuk bersiap sedia ke masjid menjadi semakin suntuk. Ustazah-ustazah pula mengganggu pengurusan rumahtangga. Cadangan saya- adalah lebih baik JAIS menetapkan masa yang praktikal. Pandangan saya, masa 2-6 petang lebih praktikal.
2. pelajar-pelajar sekolah rendah, majoritinya menjalani kegiatan ko-kurikulum pada sebelah petang. Saya tertanya-tanya mengapa kegiatan ini tidak boleh dijalankan pada sebelah pagi? Sewajarnya dan sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan mengambil serius perkara ini. Kegiatan ko-kurikulum pada tahap rendah atau menengah wajar di adakan pada sebelah pagi dan tidak menggunakan waktu sebelah petang. Ini memberi manfaat kepada guru-guru kerana lebih masa untuk persediaan proses P dan P dan juga secara tidak langsung mengurangkan beban masa bekerja guru. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid dapat menghadiri sekolah agama petang dengan lancar dan tiada gangguan akibat terpaksa menghadiri kegiatan ko-kurikulum di sebelah pagi. Mentaliti masyarakat umum terhadap sekolah agama dengan memberi gambaran sekolah kelas ke dua secara tidak langsung memberi kesan yang sama kepada murid-murid. Tidak hairanlah disiplin yang mereka amalkan adalah disiplin 'double standard'. Di sekolah kebangsaan, disiplinnya baik tapi di sekolah agama disiplinnya dipertikaikan dan sering dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak sepatutnya.

0 ulasan: