Rabu, April 29, 2009

Nostalgia Kemahiran Amal Islami (KAMIL).

Bagi pembaca yang pernah menerima pendidikan di Kafa atau Sekolah Rendah Agama di Selangor, tentu dah biasa dengan KAMIL. Tetapi pada zaman saya bersekolah agama sekitar 1985-1990, istilah KAMIL belum lagi digunakan tetapi sekadar menggunakan istilah Ihtifal sekolah agama.
Pada waktu itu, sekolah-sekolah agama belum banyak lagi seperti sekarang. Jadi peluang untuk mewakili daerah sangat cerah. Saya pernah mewakili daerah Sepang sebanyak 2 kali iaitu pada 1987 dan 1989. kebetulan pula, pada waktu itu ia dijalankan 2 tahun sekali, tidak seperti sekarang, tiap-tiap tahun.
Pada tahun 1987, saya berjaya mewakili daerah Sepang dalam acara kuiz agama. Ihtifal peringkat negeri pada tahun itu dilangsungkan di SAMT Hisamudin Sg Berteh, Klang. Inilah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga. Peserta-peserta dari Sepang telah ditempatkan di asrama puteri, tingkat 3, bilik hujung menghadap padang. Inilah masalahnya budak-budak belum baligh dapat menginap di asrama puteri, ada la beberapa orang kawan-kawan yang gatal tangan menyelongkar barang-barang akak-akak ni.
Tapi rasanya tak dala melampau sangat. So, kalau ada akak-akak tu yang terbaca blog saya ni, minta maaf la ye. Terima kasih la sebab sudi menumpangkan kemudahan-kemudahan antunna kepada kami.
Acara kuiz tak ingat bila dipertandingkan tetapi yang pastinya kami tak menang. Apapun tak kisah la sebab dapat pengalaman baru dan menarik. Mujur juga tak bersekolah di SAMT Hisamudin tu. Kalau tidak….
Kemudian, 2 tahun selepas itu, sekali lagi saya berjaya juga mewakili daerah Sepang, walaupun sepatutnya saya tidak terpilih pada masa itu kerana status saya sebagai murid Tahun 5, tetapi atas kepercayaan guru-guru, maka saya mendapat tempat dalam pasukan kuiz agama. Maka saya pun berlatih dengan 2 orang lagi peserta tahun 6.
Alhamdulillah, dalam pertandingan peringkat daerah, pasukan kami berjaya menjadi johan. Ihtifal peringkat negeri pula diadakan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam.
Saya memang teruja nak pergi kerana tak sabar melihat Masjid Negeri Selangor, yang pada masa itu di kira masih baru. Di sini kami diberi penginapan dalam bilik kecil tapi tak kisahla selagi selesa. Cuma kali ini tak dapat asrama puteri kerana sekolah itu semua pelajarnya adalah putera.
Dari aspek pertandingan, sekali lagi tak berjaya. Tak tahulah mengapa. Mungkin kurang persediaan agaknya.
Tetapi taqdir Allah, akhirnya saya mendapat tawaran masuk ke sekolah ini semasa saya tingkatan 1. alhamdulillah.

0 ulasan: