Rabu, April 15, 2009

Sikap beberapa kerat artis yang melampau

Apabila membaca kisah Nabil yang bersikap tak kisah apabila memeluk buah hatinya, Irma Hasmie, sedikit sebanyak saya terkesan. Kemudian saya bandingkan pula dengan kisah hijrah penyanyi-penyanyi rock, misalnya Amy, Yantzen, Mel, ibarat kompas.
Insan-insan yang bergiat dalam seni bermula dengan niat nak popular atau cari makan atau dengan niat nak memperjuangkan sesuatu. Kadang-kadang menyanyi rock tapi ada mesej.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun kembara mencari sesuatu yang memuaskan hati, barulah otai-otai rock ini berjumpa dengan Islam. Mereka berdakwah dengan cara mereka. Lebih kurang di Indonesia. Ada band gigs yang berdakwah dengan lagu gigs.
Kita bandingkan pula dengan artis-artis baru masih seronok dengan kecantikkan dunia seni. Macam-macam ragam ada. Yang perlu disimpan, didedahkan. Yang tak patut buat, dibuat, lagi-lagi dalam sebarang majlis. Mahukan publisiti murahan agaknya. Mungkin boleh jual suara, mungkin tak boleh jual suara. Kalau tak boleh jual suara, apa-apa barang yang boleh jual, jual la juga.
Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa orang artis yang kelihatannya bebal dalam menerima teguran dalam hal-hal agama. Mereka ini umpama tiada lubang telinga, tiada kornea mata. Walaupun dah ditegur, tapi buat tak tahu saja dan mengulangi maksiat yang sama.
Artis-artis spesis macam ini, elok diberi pengajaran. Kalau zaman Wings kena gam kerana berambut panjang, kenapa tidak boleh dilaksanakan hukuman yang sama kepada artis sekarang? Saya harap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil perhatian perkara ini. Kita melenting dengan filem-filem Barat yang berlambak di Malaysia tapi dalam diam rupanya artis kita pun menyokong budaya Barat dan menjadi ejen mereka.
Saya harap Pak Menteri tidak mengamalkan politik dan dolak-dalih yang tidak berasas. Sekali lagi, saya kempen supaya boikot Nabil selagi dia tidak minta maaf dan bertaubat.

Sila baca komen Nabil dan nilailah dengan neraca iman :
" Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia lebih-lebih lagi selepas bercinta dengan aktres tinggi lampai, Irma Hasmie, Nabil menyifatkan kekasihnya itu banyak membantunya di kala dia susah.
"Sebagai manusia, kita tidak akan melalui kehidupan kita dengan lancar. Kita pasti berdepan dengan situasi yang mampu membuatkan kita sedih dan sebagainya.
"Kehadiran Irma telah menjadikan saya seorang yang lebih baik. Dia banyak memberikan sokongan serta dorongan untuk saya lakukan yang terbaik dalam kerjaya seni saya," jelasnya sambil memandang manja Irma di sisinya.
Kasih sayang Nabil terhadap Irma dapat dilihat dengan jelas apabila dia memeluk kekasihnya apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.
Gelagatnya itu sedikit sebanyak mencetuskan perasaan kurang selesa kepada mereka yang melihatnya tetapi Nabil mempunyai pandangan tersendiri.
"Saya tidak menyesal memeluk Irma. Sebaliknya, perasaan itu datang sendiri dan ia menunjukkan betapa saya gembira dengan kemenangan dan saya mahu berkongsi dengan Irma.
"Biarlah apa orang nak kata sedangkan kalau kita tak buat pun orang akan mengata. Saya tidak mahu fikirkan sangat tentang hal ini kerana saya tahu apa yang saya lakukan," jelas Nabil yang bersikap defensif terhadap perlakuannya itu."

0 ulasan: