Memaparkan catatan dengan label realiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label realiti. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 09, 2009

Mentua rampas harta pusaka

Kaunselor Anda: Mentua rampas harta peninggalan suami

bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)
bminggu@bharian.com.my

Keluarga arwah suami tidak mahu membuat faraid kerana khuatir harta diwarisi menantu dan cucu lelakinya

Soalan:


SAYA seorang janda berusia 24 tahun yang kematian suami. Saya makan hati dengan keluarga arwah suami. Saya adalah menantu perempuan sulung keluarga arwah suami. Saya bersama arwah mendirikan rumah tangga pada hujung tahun 2007 dengan restu kedua-dua ibu bapa kami. Suami saya baru meninggal dunia lima bulan lalu dalam kemalangan ketika pulang dari kerja. Ketika itu, saya sedang sarat mengandung.

Pada hari itu, ketika jenazah belum sampai di rumah, keluarga arwah sudah mengira harta suami. Hati saya hancur dengan sikap mereka, tambahan ibu mentua menyatakan saya hanya bernikah dengan anaknya selama 10 bulan, sedangkan dia menjaga anaknya ketika kakinya masih merah. Bayangkan betapa pedihnya hati saya sebagai isteri.

Hari demi hari keluarga arwah merampas semua harta peninggalan suami untuk saya dan anak, yang juga darah daging mereka sendiri. Malah, ibu mentua pernah menyatakan tidak akan menyerahkan satu sen pun peninggalan suami kepada saya. Namun, saya berikhtiar untuk mencari jalan untuk membahagikan harta peninggalan mengikut hukum syarak sebagai seorang Islam.

Sekali lagi saya ditentang oleh ibu mentua, mereka tidak mahu membuat faraid kerana khuatir harta itu diwarisi anak lelaki kami. Ikutkan hati, saya tidak mahu menyakiti hati ibu mentua dan keluarganya kerana mereka bagaikan ibu bapa saya sendiri. Kini saya buntu puan, hanya kecekalan hati dan ketabahan dalam diri ini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin Allah sedang menguji saya sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Kini saya hanya ingin membesarkan anak saya dan mendidiknya sehingga menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Namun, saya ingin memperjuangkan hak anak saya. Puan bantulah saya untuk menghadapi situasi begini.

Dewi Permata

Jawapan:


JODOH pertemuan dan ajal maut memang di tangan Tuhan, namun Tuhan tidak membenarkan kita untuk hanya berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa usaha. Tuhan sudah berjanji tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha mengubahnya.

Dalam proses ini kita tidak dibenarkan menimbulkan pergaduhan dan perselisihan yang melanggar hukum adat kehidupan. Dalam keadaan anda sekarang, anda harus jelas dan pasti apa jenis harta yang ditinggalkan oleh arwah suami. Jika benar-benar ada yang berbaloi dituntut seperti kereta, rumah, simpanan atau disebut harta tetap dan harta mudah alih yang perlu dituntut, anda boleh menuntutnya di mahkamah mengikut undang-undang. Ini adalah prosedur biasa. Buat laporan dan kemukakan tuntutan anda secara rasmi.

Tapi jika harta itu hanya barang peribadi milik arwah yang mudah alih dan luput seperti pakaian, rasanya tidak perlulah dikecohkan kerana menghormati roh arwah yang sedang di alam barzakh agar damai dan tenteram. Apatah lagi jika anda tidak tinggal serumah atau berdekatan dengan mentua. Jangan sampai kerana peninggalan yang sedikit ini akan meretakkan hubungan anda dengan nenek kepada anak anda.

Jika difikirkan secara sihat, anda sedang memiliki peninggalan arwah yang paling mahal dan paling penting iaitu waris keturunannya yang akan menjadi pelindung, penawar dan talian hayat anda ke syurga nanti iaitu anaknya. Inilah hadiah teragung daripada seorang suami. Pada pandangan Umi, jagalah harta termahal ini. Dengan penuh kasih sayang dan usaha yang gigih dan keyakinan yang tinggi bahawa setiap anak yang lahir itu ada rezekinya, maka berusahalah untuk berdikari mencari rezeki dari Allah untuk hidup bersama anak anda, pasti anda akan berasa puas dengan peninggalan suami anda yang satu-satunya ini. Yakinlah, ada masa depan cerah untuk anda dan anak yang disediakan Allah. Biarlah apa yang dilakukan oleh ibu mentua anda itu sebagai pengajaran untuk anda tidak melakukannya kepada orang lain nanti.
Tidak ada harga yang kekal dan mencukupi selamanya, pasti akan habis jua. Lagipun, harta pusaka jika disalah gunakan akan menimbulkan kesan negatif pada pemiliknya. Serahkan rezeki anda dan anak kepada Allah dengan keyakinan bahawa telah ditakdirkan Allah tidak akan ada orang lain yang akan mengambil rezeki yang telah ditetapkan untuk kita.

Jika ini anda yakini anda tidak akan tamak kepada peninggalan arwah suami atau mana-mana harta yang menggoda kita. Laluilah dengan tenang agar anak anda menikmati kasih sayang anda sepenuhnya, kerana dia sudah kehilangan satu kasih sayang yang sangat mahal. Umi juga ingin berpesan anda sedang memelihara anak hebat, iaitu anak yatim. Siapa yang memakan harta anak yatim akan sulit hidupnya, malah haram hukumnya jika diperlakukan secara tidak adil.

Oleh itu rawatlah emosi anda dengan baik kerana kehilangan orang tercinta membuat anda mengalami goncangan yang kuat di jiwa. Allah berpesan, ....jangan berduka terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada mu (QS Al: Hadid:23) dan dipesan Rasulullah SAW “sesungguhnya kesabaran itu ada pada hentakan pertama.”

Dari pesanan ini jelas sesiapa yang mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dialah orang yang benar-benar memiliki kekukuhan iman dan keteguhan keyakinan. Maka laluilah hidup anda seadanya sebagai hamba Allah.

Jumaat, Mei 01, 2009

Faedah Mandi Songsang

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut… Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8)Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Sebelum dan fikirlah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Selasa, April 28, 2009

Laut beku di Pakistan









Khamis, April 16, 2009

Artis?Dimana silapnya?

Mengapa industri perfileman Malaysia tidak mahu membuka pintu mereka kepada kualiti industri perfileman di Iran. Filem-filem Iran sangat berkualiti dan mengesankan.

Mungkin industri filem kita lebih pandukan penonton dan filem yang dibikin mestilah 'mesra pelanggan'.

Zaman P. Ramlee bagaimana? Filem P. Ramlee bagaimana? masih laku tak?

Kepada penerbit, pengarah dan penulis skrip, sedarlah sikit. Jangan terlalu banyak main wayang. Kamu akan diketawakan orang.

Rabu, April 15, 2009

Sikap beberapa kerat artis yang melampau

Apabila membaca kisah Nabil yang bersikap tak kisah apabila memeluk buah hatinya, Irma Hasmie, sedikit sebanyak saya terkesan. Kemudian saya bandingkan pula dengan kisah hijrah penyanyi-penyanyi rock, misalnya Amy, Yantzen, Mel, ibarat kompas.
Insan-insan yang bergiat dalam seni bermula dengan niat nak popular atau cari makan atau dengan niat nak memperjuangkan sesuatu. Kadang-kadang menyanyi rock tapi ada mesej.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun kembara mencari sesuatu yang memuaskan hati, barulah otai-otai rock ini berjumpa dengan Islam. Mereka berdakwah dengan cara mereka. Lebih kurang di Indonesia. Ada band gigs yang berdakwah dengan lagu gigs.
Kita bandingkan pula dengan artis-artis baru masih seronok dengan kecantikkan dunia seni. Macam-macam ragam ada. Yang perlu disimpan, didedahkan. Yang tak patut buat, dibuat, lagi-lagi dalam sebarang majlis. Mahukan publisiti murahan agaknya. Mungkin boleh jual suara, mungkin tak boleh jual suara. Kalau tak boleh jual suara, apa-apa barang yang boleh jual, jual la juga.
Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa orang artis yang kelihatannya bebal dalam menerima teguran dalam hal-hal agama. Mereka ini umpama tiada lubang telinga, tiada kornea mata. Walaupun dah ditegur, tapi buat tak tahu saja dan mengulangi maksiat yang sama.
Artis-artis spesis macam ini, elok diberi pengajaran. Kalau zaman Wings kena gam kerana berambut panjang, kenapa tidak boleh dilaksanakan hukuman yang sama kepada artis sekarang? Saya harap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil perhatian perkara ini. Kita melenting dengan filem-filem Barat yang berlambak di Malaysia tapi dalam diam rupanya artis kita pun menyokong budaya Barat dan menjadi ejen mereka.
Saya harap Pak Menteri tidak mengamalkan politik dan dolak-dalih yang tidak berasas. Sekali lagi, saya kempen supaya boikot Nabil selagi dia tidak minta maaf dan bertaubat.

Sila baca komen Nabil dan nilailah dengan neraca iman :
" Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia lebih-lebih lagi selepas bercinta dengan aktres tinggi lampai, Irma Hasmie, Nabil menyifatkan kekasihnya itu banyak membantunya di kala dia susah.
"Sebagai manusia, kita tidak akan melalui kehidupan kita dengan lancar. Kita pasti berdepan dengan situasi yang mampu membuatkan kita sedih dan sebagainya.
"Kehadiran Irma telah menjadikan saya seorang yang lebih baik. Dia banyak memberikan sokongan serta dorongan untuk saya lakukan yang terbaik dalam kerjaya seni saya," jelasnya sambil memandang manja Irma di sisinya.
Kasih sayang Nabil terhadap Irma dapat dilihat dengan jelas apabila dia memeluk kekasihnya apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.
Gelagatnya itu sedikit sebanyak mencetuskan perasaan kurang selesa kepada mereka yang melihatnya tetapi Nabil mempunyai pandangan tersendiri.
"Saya tidak menyesal memeluk Irma. Sebaliknya, perasaan itu datang sendiri dan ia menunjukkan betapa saya gembira dengan kemenangan dan saya mahu berkongsi dengan Irma.
"Biarlah apa orang nak kata sedangkan kalau kita tak buat pun orang akan mengata. Saya tidak mahu fikirkan sangat tentang hal ini kerana saya tahu apa yang saya lakukan," jelas Nabil yang bersikap defensif terhadap perlakuannya itu."

Ahad, Februari 08, 2009

Boikot pasukan bola EPL

salam,
Tajuk ini mungkin agak sensitif kepada sesetengah pihak tetapi ada beberapa pasukan dalam EPL yang perlu kita boikot:

1. The Red Devils- perlu diboikot kerana 'twist' identiti syaitan yg. sememangnya musuh umat Islam kepada hero yg. hebat dalam bolasepak. ini namanya 'rebranding'.
selain itu, penaja AIG juga adalah syarikat Yahudi.

2. The Reds- perlu diboikot kerana mempromosikan arak (Carlsberg), sedangkan hadis Nabi melaknat golongan2 yg ada 'saham' dalam arak, mula perkara huluan hingga hiliran.

3. Everton- perlu diboikot kerana penajanya adalah syarikat Yahudi.

kepada pembaca yg ada maklumat tentang pasukan2 lain, sila berkongsi dgn. pembaca2 yg lain.

sekian. terima kasih.

Selasa, Januari 27, 2009

Program Khas-Pelancaran Tabung Kemanusian Palestine DCL

Keganasan Israel terhadap Palestine sudah kita ketahui. Tidak banyak yang mampu kita lakukan selain daripada berdoa dan memboikot segala-gala yang berkaitan dengan rejim Zionis tersebut.

Selain daripada itu kita juga boleh menyumbang kepada Tabung Kemanusian Palestini DCL yang akan dilancarkan pada tarikh dan masa seperti dibawah:

Lokasi : Wisma DCL
Alamat : No 32 & 34, Wisma DCL, Jalan Wangsa Setia 4
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Malaysia
Waktu : Jam 8.30 malam
Tarikh : 28 January 2009

Pengasas kita mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menjayakan program tersebut. Pada hari tersebut semua wakil media,NGO dan pejuang DCL akan turut menjayakan majlis pelancaran itu nanti.

Sumbangan kita walaupun sedikit [RM1 @ RM10] mampu untuk meringankan sedikit beban mangsa kekejaman Zionis tersebut.

Ahad, Januari 25, 2009

Buku membincangkan isu aurat (edisi moden)



harga RM10

Sinopsis buku BAITUL MAQDIS:KESUCIAN YANG DIPERTAHANKAN



isi kandungan:
- nama-nama Baitul Maqdis
- sejarah Baitul Maqdis (sejak zaman pra-sejarah hingga Perang Dunia Pertama)
- kedudukan Baitul Maqdis di sisi 3 agama langit.
- pelan dan mercu tanda Baitul Maqdis

harga RM25 (tidak termasuk kos pos)

Dato' Azlina dinobat Wanita Ikon 2008

sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

tahniah Dato'.kami tumpang bangga dengan pengiktirafan ini. Dato' memang berhak berkat jasa-jasa memartabatkan ekonomi ummah.

DCL. SATU WADAH PERJUANGAN. LEBIH ADIL, LEBIH SUKSES.

Jumaat, Januari 23, 2009

Catatan tetamu MHI (4)




akhir kata, selepas program tv3 tu, saya pun tak sangka saya dapat melaluinya dengan baik, walaupun ada sedikit kekurangan.

akhirnya, mungkin saya dapat menemuinya. saya percaya ia datang daripada kursus2 dan latihan2 yg pernah saya hadiri dalam DCL.

antara pengisian DCL adalah kita ditanamkan sikap percaya kpd. kemampuan diri sendiri dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perniagaan dan kehidupan.

kita adalah hebat.

Ahad, Januari 18, 2009

Diari Ceramah-2 (SAM BBST)

pada malam minggu lepas, 16.1.2009, saya telah dijemput memberikan ceramah yang bertajuk 'Kenali Masjid al-Aqsa' di SAM Bandar Baru Salak tinggi selepas Maghrib.

selepas pembentangan, saya beri sedikit ruang kepada adik-adik pelajar menanyakan soalan. ada beberapa soalan yg berkisar ttg. sebab umat Islam tidak menghantar senjata kepada pejuang2 Islam di Gaza.

jawapan ringkas saya, isu perpaduan dan kesatuan. apabila umat islam bersatu, semuanya boleh dilakukan.

apa yang menarik, semasa menyediakan dan meneliti semula kandungan slide-show ceramah, banyak maklumat baru yg saya dapat, sedangkan selama ini, saya sangkakan tidak perlu banyak perubahan akan dilangsungkan.

Subhanallah, apabila Allah mahu menambahkan ilmun-Nya kpd seseorang, maka bersyukurlah dan jgn kufur.

selepas saya berceramah, wakil Global Peace turut memberi ceramah. beliau membawa kisah-kisah dan berita-berita terkini ttg. mangsa peperangan Gaza. sangat sedih dan terharu tapi itulah nasib umat Islam akhir zaman.

Selasa, Januari 13, 2009

Realiti Umat Islam:satu renungan

Salam,
saya terserempak dengan satu artikel di UM yang sangat menarik. sila klik untuk membacanya.

Catatan tetamu MHI

Catatan tetamu MHI pada 12 Januari 2009.

Di sini aku catatkan secara ringkas kronologi temuramah aku di MHI. Semoga ia dapat memberikan panduan kepada semua yang mungkin akan menjadi tetamu mana-mana syarikat tv.

Sebenarnya, slot temuramah ini dibuat pada cuti sekolah akhir tahun 2008 tetapi malangnya dibatalkan kerana alasan 'tidak relevan'. Pada mulanya, aku rasa terkilan juga ekoran pembatalan ini tetapi tetap reda. Aku yakin ada peluang lain pada masa akan datang (tetapi tidak bermakna aku berdoa penduduk Gaza kena serang ye…..).

Akhirnya, doaku terkabul juga. Pada suatu petang, seminggu sebelum 12 Jan, penerbit buku mnelefonku dan memaklumkan aku dijemput memberi ulasan pada tarikh 12 atau 16 Jan. setelah berfikir masak-masak, aku memilih tarikh 12 sebab kalau pilih tarikh 16, takut dibatalkan sekali lagi.

Seawal 4 pagi, aku sudah bangun dan mengulangkaji buku. Ada sedikit masa, aku surfing dan cari bahan-bahan tambahan (nilah untungnya ada Streamyx..). Perjalanan bermula pada jam 5 pagi. Sepatutnya lebih awal lagi aku bertolak dari rumah tetapi memandangkan perutku tidak semena-mena meragam (2 kali masuk bilik hajat), terpaksalah aku bertolak lebih lewat.

Sepanjang perjalanan melewat lebuhraya KL-Seremban, laluan trafik sangatlah memudahkan. Tidak banyak kenderaan. Aku terasa macam lebuhraya itu, aku yang punya. Kereta Kelisaku meluncur laju, berlumba dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Walaupun dalam keadaan masih 'terpinga-pinga', aku menekan pedal minyak sehingga mencecah 140 kmj (kalau polis trafik tau, mesti kena saman punya…).

Aku sampai ke Wangsa Melawati sejurus sebelum Subuh. Akupun melaporkan ketibaanku kepada En. Shahrudin, pemilik Must Read Sdn Bhd, syarikat penerbit buku 'Baitul Maqdis:Kesucian yang dipertahankan'. Beliau yang akan membawa aku ke Sri Pentas sebab jalan kat KL ni, aku tak berapa paham sgt Seterusnya, aku pun berjalan kaki ke Masjid Wangsa Melawati (tak ingat nama masjid..) dan sekali lagi, sakit perutku menyerang. Cepat-cepat aku mencari tandas. Mujur sempat solat Subuh bersama jemaah masjid.

Bersambung……

Selasa, Disember 23, 2008

BIDADARI




Adakah anda dalam golongan wanita yang menghadapi masalah begini :-
1) telah bersalin dan hambar juga dingin terhadap hubungan kelamin?
2) mengalami masalah period tak teratur?
3) mengalami masalah senggugut yang teruk?
4) kurang keinginan untuk bersama suami, dan bila bersama, tidak merasakan keseronokan seperti yang sepatutnya?
5) Sering merasa letih selepas seharian melakukan kerja pejabat, kerja rumah & melayan anak-anak?
6) Suami mula komplen bahawa `servis' anda tidak lagi seperti masa baru berumah tangga dulu?
7) Masih belum mendapat zuriat setelah lama berumahtangga kerana masalah kesuburan?



BIDADARI adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.

v madu asli
v sireh
v akar serapat
v kacip fatimah
v kurma
v manjakani
v serai
v jarum mas
v asam jawa
v herba-herba terpilih

Keistimewaan Bidadari :-
* Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
* Membantu mengatasi masalah senggugut.
* Membina rahim.
* Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
* Menyegarkan & menyempitkan otot faraj.
* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
* Menambah kolegen dalam badan.
* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
* Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
* Membekalkan tenaga segera.
* Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan. Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin...



Mekanisme Bidadari

BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)


Keistimewaan Bidadari :-

* Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
* Membantu mengatasi masalah senggugut.
* Membina rahim.
* Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
* Menyegarkan otot faraj.
* Menyempitkan faraj.
* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
* Menambah kolegen dalam badan.
* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
* Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
* Melegakan panas badan.
* Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
* Membekalkan tenaga segera.
* Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.
* Sangat baik untuk wanita lepas bersalin samada secara normal atau pembedahan.

Kesan tindakbalas pemulihan (Healing Crisis) kemungkinan dialami oleh pengguna produk DCL; seperti mengantuk, sedikit keletihan, pening-pening, sedikit menggigil dan sedikit rasa sakit-sakit di tempat tertentu (selalunya di organ yang pernah bermasalah dan sedang mengalami masalah), kepada sebilangan orang yang berdarah kotor (tidak buang air besar), kemungkinan jerawat terjadi selepas beberapa hari. Jika berlaku keadaan seperti di atas, diharapkan jangan panik. Ini bukan kesan sampingan. Ia adalah kesan tindakbalas positif bagi tempoh sementara waktu sahaja. Teruskan memakan dan minum air secukupnya.

Amaran : Bidadari tidak boleh diambil oleh :-

1) Lelaki

2) Wanita mengandung

3) Semasa datang haid

Testimoni pengguna Bidadari...


Testimoni 1
Saya masih belum berkahwin.Terfikir utk mencuba produk Bidadari kerana terpegun dgn pengalaman kawan-kawan. Alhamdulillah, produk ini berjaya menyelesaikan masalah keputihan yg merunsingkan saya selama ini.Terimakasih BIDADARI..


Testimoni 2
Alhamdullilah kerana Bidadari telah menyemarakkan semula perasaan saya yg semakin hambar utk melayan suami.Suami saya begitu terkejut dgn perubahan dan benar2 gembira.Payudara saya juga semakin montok .Tak sia2 saya mencuba Bidadari.Semoga rumahtangga saya semakin bahagia.


Testimoni 3
Saya sungguh berbangga kerana dengan mengamalkan Bidadari, hubungan saya dan pasangan semakin intim.Kami seperti pasangan yang baru di ijabkabulkan. Saya juga berjaya melaksanakan "tugas" dengan begitu berkualiti.Itu adalah luahan pasangan setelah saya mengamalkan Bidadari.Terimakasih kepada mereka yg mengenalkan Bidadari kpd saya.


Testimoni 4
Saya seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak.Sebelum ini saya cukup sedih bila pasangan saya komen tidak cukup nikmat utk bersama kerana bahagian sulit semakin longgar.Kini , dia sungguh gembira bila merasakan satu "keajaiban" telah terjadi.Saya kini sungguh berbangga kerana hanya sebotol Bidadari telah membolehkan saya melaksanakan tanggung jawab dengan lebih sempurna.


Testimoni 5
? dari seorang suami Saya sudah berkahwin dan ada 2 orang anak..Masalah yg saya hadapi ialah isteri saya semakin dingin.Ada aje alasan nya ....kekadang saya bengang juga dgn keadaan begitu..Maklumlah ...kami masing2 masih muda. Kami kawin atas dasar cinta sama cinta......bukan pilihan orang tua.Satu hari isteri saya datang mintak maaf.......dia kata...bukan dia buat2 begitu tapi dah tak rasa nak bersama...Pelik jugak saya memikirkan nya.Saya suruh dia ikhtiar tapi dia kata.....dia malu.Saya janji dgn dia.......saya cuba cari dan jika saya harap sangat dia mesti ikut apa saja saranan saya.Satu hari saya terjumpa satu website.....agak menarik...itu pasal saya terus order..Kini isteri saya sudah makan 2 botol...Betul kan...? Saya dapat rasakan perubahan ..Mungkin tuah saya juga .Saya pesan dengan isteri supaya terus mengamalkan Bidadari...

Testimoni 6.
Saya telah mengambil Bidadari sebanyak 3 botol. Kesannya ? Keputihan ? sudah hilang sepenuhnya. Haid Tidak Teratur ? sekarang haid datang tepat pada waktunya. Migrain - Beransur2 pulih. Cuma kena tahan sakit sedikit sewaktu proses baik pulih.Gastric ? Telah pulih sepenuhnya. Cuma ketika proses baikpulih, asyik sendawa. Bahagian Rahim - Denyutan diperut dapat dirasakan ~ mungkin Bidadari sedang membaikpulih sistem rahim. Bila bersama suami, tidak lagi kecewa sebab kebanjiran sudah kering. Daya Kemutan ? Semakin baik. Sekarang ni tiada masalah untuk bersama dengan suami 3 kali seminggu. Sebelum ini kalau suami ajak bersama seminggu sekali pun saya cuba mengelak. Bangun Pagi - dulu selalu susah bangun pagi tapi sejak amalkan Bidadari, paling lewat 6.15am dah tersedar. Tak lah lagi terlewar tuk solat subuh.Pada yg baru membaca tu, cuba lah....lupakan yg lain. Terima kasih pada kawan-kawan yang memperkenalkan Bidadari, yg mana melalui bacaan atas testimoni kawan-kawan semua telah mendatangkan usaha saya utk suami yg dikasihi. Bidadari ~ membuatkan diriku lebih berharga.


Testimoni 7.
saya pun nak buat pengakuan tentang kelebihan Bidadari. Permulaan minum ~ bahagian payudara memang sakit yang amat sangat, bangun pagi pun PD masih sakit,tapi selepas 2-3 hari memang nampak perubahannya, nampak semakin padat. Bahagian Rahim - rasa berdenyut. Perubahan yang lain pula badan memang rasa letih sangat, mungkin kesan sampingan untuk membaik pulih sistem dalam badan. Lepas hampir sebulan saya mengambilnya, alhamdulillah badan tak letih lagi. Dan semasa bersama dengan suami, bukan main senyum lagi dia. Alhamdulillah, Bidadari menceriakan kembali rumah tangga saya.


Soalan Lazim Tentang Bidadari

Soalan : Selepas mengambil bidadari seperti yang dicadangkan selama sebulan, apakah sukatan yang dicadangkan untuk mengambil Bidadari secara berterusan?
Jawapan : selepas sebulan minum Bidadari secara consisten, amalkan 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman badan yang telah dibaikpulih oleh sepanjang sebulan pertama pengambilannya Bidadari..

Soalan : Kalau lepas bersalin, bila boleh mula minum Bidadari?
Jawapan : waktu yang paling selamat untuk ambil bidadari untuk orang dalam pantang bersalin adalah selepas 3 minggu bersalin. sebab di awal masa bersalin, tubuh badan kita tidak berapa kuat dan memang darah yang keluar pun banyak. jadi untuk mengelakkan risiko tumpah darah, waktu paling selamat adalah selepas 3 minggu. masa tu penghujung nifas..jadi, bidadari ni berfungsi untuk mengeluarkan saki baki darah kotor di penghujung nifas.

Fakta ini saya dapati dari seorang pakar perubatan alternatif yang mengamalkan perubatan homeopati..sebab ada 9 bahan herba yang sangat kuat dalam satu botol bidadari tu. kita hanya nak 'play safe'. sebab ini melibatkan kesihatan dan nyawa individu. tumpah darah yang banyak boleh menyebabkan kehilangan nyawa..jgn main-main. jadi, paling selamat, ambik bidadari pada minggu ketiga dalam pantang. ini bukan satu andaian..tapi ini penerangan yang diberikan oleh doktor tersebut. memang bidadari ni bagus, tapi kita kena ambil dengan cara yang betul dan selamat.

Pengalaman peribadi saya sendiri, saya mengambil Bidadari selepas 10 hari melahirkan cahayamata dgn sukatan 1 sudu sehari, diambil sebelum tidur.. selepas seminggu, saya ambil 2 sudu sehari sebelum tidur sehingga habis pantang. alhamdulillah, tiada masalah dan saya merasa sihat dan pulih seperti sediakala.

Soalan : Ibu yg sedang menyusukan anak boleh ke minum bidadari ni? takut susu keringla....
Jawapan : Bidadari ni boleh diambil seawal lepas bersalin.. takde masalah kalau nak ambik kalau menyusukan baby.. BIdadari ni tak panas, tak menjejaskan pengeluaran susu badan...

Soalan : Bidadari ni ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan ke tidak?
Jawapan : Pemakanan Kesihatan atau Minuman yg tidak dikelaskan dalam kategori ubatan tidak perlu kelulusan KKM. Tidak mengandungi dadah dan bukan UBAT.

Soalan : Anak dara boleh ke minum Bidadari?
Jawapan : Boleh... terutamanya pada mereka yang ada masalah seperti keputihan dan period tak teratur.

Soalan : Kenapa Bidadari tak berkesan kepada sesetengah orang?
Jawapan : Sebab yang paling utama Bidadari tak berkesan adalah kerana ni tak pernah membuat proses Detox. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap khasiat yang terkandung dalam Bidadari pada tahap optimum. Kebanyakan mereka yang telah melakukan detox dan mengambil semula Bidadari, telah memberikan komen yang positif. Walau bagaimanapun, sekiranya setelah minum sebanyak 2 botol mengikut cara seperti yang disarankan dan tidak mendapat sebarang kesan positif, tidak perlulah teruskan pengambilan Bidadari ini kerana mungkin Bidadari ni tak sesuai atau serasi dengan anda.

Soalan : Saya baru sahaja mengambil Bidadari, belumpun habis sebotol. Masalahnya bila bersama dengan suami bahagian kelamin saya terasa sangat sempit dan menyakitkan. Apa yang harus saya buat?
Jawapan : Kurangkan dos. Sekiranya sebelum ini anda mengambil 2 sudu pagi, 2 sudu malam sehari, kurangkan kepada 1 sudu pagi dan 1 sudu malam.

DIPETIK drpd:www.kedai2ekin.com

sila klik disini untuk klip video