Khamis, Februari 26, 2009

Tollllllllllll

salam,

"Timbalan menteri antara yang terkejut

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Beberapa wakil rakyat malahan seorang timbalan menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.

Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini."

Inilah isyarat Pilihanraya Umum semakin hampir, juak-juak emeno sedang kumpul modal untuk membeli undi...

Peletup Mongolia sedang menajamkan lagi cengkaman terhadap kerajaan dan parti...
tunggu 'babak' seterusnya...

"kucari kambing"

Selasa, Februari 24, 2009

Andai kutahu...

Salam,
Sedara sedari kenal kumpulan UNGU dari Tanah Seberang?
Mungkin ada di antara sedara sedari kenal kumpulan ini dan mungkin ada yang tak kenal. Tapi apa yang mahu saya ketengahkan tentang mereka ini bukanlah mutu atau kualiti muzik mereka. Tapi tahukah sedara sedari bahawa mereka antara beberapa kumpulan kugiran rock yang telah menghasilkan album rock dakwah?

Ya, ini mungkin mencuit rasa ingin tahu sedara sedari album rock dakwah macam mana pula yang saya 'cakap' ni? Tidak menjadi masalah. Sedara sedari hanya perlu buka Youtube dan car UNGU. Pasti akan terpapar video klip mereka.

Sesungguhnya jalan dakwah berubah dari semasa ke semasa. Kalau dulu pada zaman Wali Songo, ada antara mereka berdakwah melalui wayang kulit yang menjadi hiburan paling popular pada masa itu. Maka barang mungkin seni muzik menjadi medium dakwah paling sesuai menerobos telinga anak-anak muda.

Rabu, Februari 18, 2009

Kerbau membawa lumpur..dan kancil sekancilnya

Salam,
mengulas lanjut kes Eli Wong, sekiranya benar beliau ada melakukan seks tanpa kahwin dengan bekas teman lelakinya, memang sewajarnya beliau meletakkan jawatan kerana tidak ada agama di dunia yang menghalalkan zina.

Jika beliau bersih dari perlakuan seks tanpa kahwin, beliau juga masih perlu meletakkan jawatan sebagai YB kerana imej dan kehormatan beliau sebagai seorang wanita telah dicerobohi. Bagaimana beliau menghadapi masyarakat dengan keadaan ini?

Walaupun beliau mungkin meletakkan jawatan, beliau masih boleh berkhidmat di belakang tabir. Masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan.

Ini juga satu peringatan kepada pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang lain agar berhati-hati dalam tindakan mereka walaupun hak peribadi kerana mata-mata Bien sentiasa mencari peluang.

Bak kata bidalan 'jerat tak pernah lupakan pelanduk, oleh itu, jadilah kancil sekancil-kancilnya'

Selasa, Februari 17, 2009

Hawa nafsu yang Raja

Insiden malang yang berlaku ke atas YB Elizabeth Wong membuktikan, untuk entah keberapa kali, taktik 'ends justify means' pihak-pihak tertentu. siapa mereka? anda sudah pasti tahu siapa mereka.

Bagaimana sebuah parti yang memerintah sebuah negara menggerakkan rejim-rejim tertentu demi memuaskan cita-cita politik mereka. Apakah yang akan berlaku kepada negara itu?

Negara itu akan diperintah oleh hawa nafsu dan akal. Hawa nafsu yang 'berfikir', manakala akal pula tunduk kepada kemahuan nafsu. Iman dan Islam dipendamkan atau Jawa kata, dipendemkan (ditanam).

Isnin, Februari 16, 2009

Lembu punya susu.....

Salam,
Situasi di Perak DR mungkin tidak pernah terfikir oleh kita semua. Bagaimana sebuah kerajaan yang dipilih oleh Rakyat secara sah telah 'dilingkupkan' dengan teknik ala -Mafia.

Dengar khabar, MB baru juga adalah kroni Menteri Perdana, sedangkan yang menjadi pemain utama berjaya dipinggirkan, ibarat pepatah 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.

Ahad, Februari 08, 2009

Boikot pasukan bola EPL

salam,
Tajuk ini mungkin agak sensitif kepada sesetengah pihak tetapi ada beberapa pasukan dalam EPL yang perlu kita boikot:

1. The Red Devils- perlu diboikot kerana 'twist' identiti syaitan yg. sememangnya musuh umat Islam kepada hero yg. hebat dalam bolasepak. ini namanya 'rebranding'.
selain itu, penaja AIG juga adalah syarikat Yahudi.

2. The Reds- perlu diboikot kerana mempromosikan arak (Carlsberg), sedangkan hadis Nabi melaknat golongan2 yg ada 'saham' dalam arak, mula perkara huluan hingga hiliran.

3. Everton- perlu diboikot kerana penajanya adalah syarikat Yahudi.

kepada pembaca yg ada maklumat tentang pasukan2 lain, sila berkongsi dgn. pembaca2 yg lain.

sekian. terima kasih.

Rabu, Februari 04, 2009

La_viti (Laporan Aktiviti) 1-sambungan

Kami terpaksa bersarapan pagi di dalam kereta sambil memerhatikan titisan gerimis di kaca kereta. Terfikir bagaimana mahu berceramah di atas pentas terbuka dalam cuaca tidak menentu. Takpala, apapun, makan dulu.

Kalau sarapan dengan anak-anak, macam biasa la. kecoh dan haru-biru.

Alhamdulilllah, selepas sarapan, saya minta izin daripada keluarga utk. berjumpa Ustaz Farhan selaku PIC ceramah saya.

Orangnya muda lagi. baru grad 3 tahun dari Kolej Riau. kebetulan, jumpa juga alFadil Ustaz Mustafa Sidin, Imam Besar.

Menurut Ustaz Farhan, slot ceramah saya akan di adakan selepas agenda Perasmian. Lebih kurang jam 11. ok juga, sempat cari idea baru.

bersambung...

Isnin, Februari 02, 2009

La_viti (Laporan Aktiviti) 1

Pada hari Ahad lepas bersamaan 31 Januari 2009, saya telah diberikan ruang oleh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk memberikan ceramah dalam Program Intifada Palestin. Ruang masa yang diberikan adalah jam 10 pagi.

kebetulan, minggu ini , kami balik kampung ke Jeram. jadi, tak delah jauh sgt. nak bermusafir. sampai di masjid lebih kurang 9.30 pagi. terus saya berjumpa dengan urusetia. mereka memaklumkan program akan bermula selepas mini perasmian..

Selepas itu, kami menuju ke gerai makan untuk sarapan pagi. Tak sangka ramai betul rakyat Shah Alam yg menjamu sarapan di situ. tiba-tiba melintas sebiji Avanza hijau. Pemandunya saya kenal. U Najib Kisas rupanya.

U Najib adalah guru bahasa Arab saya semasa Tingkatan 6 Atas. beliau memang guru yg. berdedikasi dan ramah tamah.

bersambung....