Selasa, Februari 24, 2009

Andai kutahu...

Salam,
Sedara sedari kenal kumpulan UNGU dari Tanah Seberang?
Mungkin ada di antara sedara sedari kenal kumpulan ini dan mungkin ada yang tak kenal. Tapi apa yang mahu saya ketengahkan tentang mereka ini bukanlah mutu atau kualiti muzik mereka. Tapi tahukah sedara sedari bahawa mereka antara beberapa kumpulan kugiran rock yang telah menghasilkan album rock dakwah?

Ya, ini mungkin mencuit rasa ingin tahu sedara sedari album rock dakwah macam mana pula yang saya 'cakap' ni? Tidak menjadi masalah. Sedara sedari hanya perlu buka Youtube dan car UNGU. Pasti akan terpapar video klip mereka.

Sesungguhnya jalan dakwah berubah dari semasa ke semasa. Kalau dulu pada zaman Wali Songo, ada antara mereka berdakwah melalui wayang kulit yang menjadi hiburan paling popular pada masa itu. Maka barang mungkin seni muzik menjadi medium dakwah paling sesuai menerobos telinga anak-anak muda.

0 ulasan: