Isnin, Mac 16, 2009

pro anti-PPSMI

Salam,
Minggu lepas, sekolah saya mengadakan Ujian Prestasi 1. macam biasa, murid-murid ni walaupun dah diterangkan cara-cara nak menjawab soalan, masih nak bertanya.

Jadi, dipendekkan cerita, ada sorang murid saya ni yang tergolong dalam komuniti murid bijak. Dia mendatangi saya dan bertanya. tapi apa yg. membuatkan saya 'blank' sebentar adalah dia menggunakan istilah 'equal', bukannya 'sama dengan' atau 'sama juga'...

jadi, cuba kita bayangkan, apa akan berlaku jika PPSMI diteruskan....sudahlah kita (Melayu) menggunakan huruf-huruf Rumi, akan datang, angka-angka pun guna english..
alangkah harunya..sebuah bekas Tanah Melayu..

0 ulasan: