Rabu, Januari 14, 2009

Catatan tetamu MHI (2)

Saya kembali ke kereta dan sementara ada masa terluang, saya cuba melelapkan mata memandangkan kelat mata belum hilang sepenuhnya (tidur2 ayam je..). sekejap-sekejap tengok jam tangan dan jam kereta, risau juga sebab En. Shahrudin tak sampai-sampai lagi walaupun jam dah hampir 6.30 pagi.

Tak lama kemudian, ada sorang staf Must Read sampai. Sayapun cepat2 tanya dia, bila boss nak sampai? Dia jawab, "kejap lagi". Ok takpe, lega sikit. Selang 10 minit, boss Must Read pun sampai. Kami berdua pun lekas-lekas masuk kereta.

Perjalanan melalui MRR2 arah ke Kepong agak lancar memandangkan waktu masih awal. Kami bertiga berbual dan berbincang sedikit tentang perkembangan terkini di Gaza dan kempen boikot produk Amerika dan Israel. Kalau syarikat total Amerika dan Israel yang 'invest' di Malaysia, dah jelas la.

Yang jadi masalahnya, syarikat Amerika (atau Israel) yang menjual francais, misalnya KFC atau McD, malah pemegang francais adalah syarikat orang Islam. Tapi kalau nak pastikan kempen boikot ni berjaya, tak boleh lah hangat2 tahi ayam. Kenalah boikot secara berterusan.

Sampai je di Sri Pentas, kami pun terus bergegas mencari studio MHI. Masuk je dalam Sri Pentas, saya nampak studio Hot FM. Nampak Faizal Ismail dan Fafau sedang beraksi, mengendalikan rancangan pagi diorang. Tak sangka dapat tengok secara live. Kira saya respek la diorang ni sebab bakat dan kemampuan diorang berdua bercakap, banyak idea dan kreatif. Yang lain2 tu, biasa je (ada peminat Faisal atau Fafau ke kat sini?)

Ke depan sikit, ada set rancangan 'Apa-apa aje'. Set kat laluan orang, simple je. Kemudian, jumpa pulak dengan studioa Fly FM. Kecik je studioa. Rasanya bilik ASPURA lagi besar.

Masa ni, kami dah sesat sikit. Terpaksalah tanya pada staf TV3. rupanya dulu, tapak studio Fly FM kosong. Pastu tv3 buat 'partition'. Tu sebab jadi berubah. Dasyat juga. Semua ruang dimaksimakan. Tak de ruang membazir.

Terus menuju ke bilik MHI, sampai2 je nampak Datuk Dr. Maamor Osman, PPIM. Rupanya dia pun ada slot pagi tu, tapi lepas slot saya. Segan juga sebab dia dah sampai awal, sedangkan saya baru sampai, macam la pro sgt. Tapi tak kisah la, nak buat camna. Saya dah sampai awal, 'pemandu' yang lambat.

Pastu, pengurus tetamu (istilah reka sendiri) minta saya 'touch up' muka sikit. Segan betul. Jurusolek berus muka ala kadar dan sikat kening dan misai. Dah selesai, sayapun di bawa masuk ke set MHI.

Masa ni, Mazidul dan Fitri tengah bagi ulasan berita kot. Kemudian, ada juruteknik pasangkan mikrofon kecil di baju. Sementara menunggu, saya duduk di set WHI. Opss lupa nak bagitau, set MHI dan WHI dalam satu studio.

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, saya pun dijemput duduk di sofa merah. Mula-mula gelabah juga tapi tenangkan hati dan banyakkan selawat. Saya fikir inilah peluang nak beri kefahaman lebih kepada audien. So, tenang2…

Sebelum temuramah saya bermula, MHI menayangkan video klip mangsa serangan Israel di Gaza. Sungguh sadis dan menyayat hati (lagu iringan, 'Intifadah' oleh Rabbani). Sebelum slot bermula, saya tertanya-tanya juga, sapala personaliti yang akan temuramah saya. Harap2 juga dapat Fedtri Yahya.

Alhamdulillah, dapat juga. Kalau dapat Mazidul, naya la pulok. Sebelum siaran bermula, saya bertanya kepada Fedtri, ada soalan dari pemanggil? Dia jawab, 'takde'. Lega …. Dada dah berdebar2 ni, ok ke tidak nanti aku cakap kat tv ni?...

Bersambung…

0 ulasan: