Jumaat, Mac 06, 2009

MENGAPA Poligami...?

Perkara biasa dalam masyarakat kita apabila berbicara tentang POLIGAMI adalah negatif dan negatif. mengapa tidak kita cuba melihatnya daripada kebajikan pasangan. misalnya ada pasangan yang tidak mempunyai anak walaupun telah bertahun-tahun berkahwin.

walaupun isteri telah memberikan 'lampu hijau' kepada suami untuk berpoligami, tetapi akhirnya suami tidak jadi berpoligami kerana bimbang gosip daripada masyarakat sekeliling terhadap isteri mahupun suami.

isteri mungkin dikatakan mandul, tak pandai melayan suami sehingga suami dingin dll. suami pula dikatakan gatal, ambil kesempatan, mata keranjang dll.

kesimpulannya, masyarakat sewajarnya memberi sokongan moral kepada pasangan2 yg mahu mengambil risiko berpoligami atas sebab-sebab yang diharuskan oleh Syarak.

4 ulasan:

ninoZ berkata...

selagi mampu, sedia n paham akan tanggungjawab sebagai seorang muslim n ketua keluarga..
by all means..silakan
:)

Pustaka Hanif berkata...

terima kasih..
kalau society fikir camni, kan tenang..

pecinta kedamaian berkata...

Tanyalah pd mana2 muslimah, tiada yg mnolak hukum Allah. Masalah di sudut perlaksanaan. Pasangan yg tlh lama brumahpintu tp masih belum brcahayamata. Pastikah ianya brpunca dr isteri? Hari ini, pergaulan bebas brlaku dimana2 shj. Baik yg bujang mahupun yg sudah brkahwin. Bukankah asal tujuan prkahwinan itu utk mlindungi wanita. Tak kira prkahwinan pertama, kdua dan sterusnya. Kalau yg prtama tak rasa dilindungi dr aspek fizikal, rohani lebih2 lagi emosi, bagaimana bisa sang ketua mengemudi 2 atau lebih kapal dlm satu masa?

Pustaka Hanif berkata...

bagi psangan yg dah lama kawin tapi belum ada anak, paling baik buat pemeriksaan kesihatan.

lagipun, biarlah poligami dilonggarkan kepada suami yg betul2 mampu sahaja.