Ahad, Mei 03, 2009

Kolagenol

Pengenalan.

Untuk lelaki & wanita ~ kecantikan & kesihatan

Satu formula istimewa yang dicipta oleh pakar Muslim, seorang pengkaji dengan pengalaman 12 tahun di makmal kajian di German. Berasaskan 4 nutrisi kesihatan, Kolagen, Klorofil, Ekstrak biji anggur dan Vitamin C. Formula ini terbukti ternyata sangat berkesan untuk kesihatan dan kecantikan setelah diuji pada lebih 500 pengguna di seluruh Malaysia.Anda pasti teruja.

Dihasilkan dengan teknologi hidrolisis enzim, mudah diserap dan dihadamkan

- membantu MENGURANGKAN KESAN-KESAN PENUAAN, MELEMBAB, MENEGANG, & MELICINKAN KULIT badan dengan meningkatkan lapisan dermis, elastin & serat Kolagen.

- dengan kombinasi klorofil yang membantu mempertingkatkan proses pembersihan, PERKUMUHAN dan PEMBUANGAN TOKSIN.

- membekalkan nutrisi-nutrisi yang pelbagai dan membantu MEMBEKALKAN TENAGA dalam badan.

- membantu mengurangkan kesan-kesan SAKIT SENDI.

KANDUNGAN NUTRISI

Bahan-Bahan: Kolagen (asas ikan dari laut Mediterranean), Klorofil (Grade A dari daun Malberi New Zealand), Ekstrak Biji Anggur Merah (OPC dari New Zealand), Vitamin C bebas asid askorbik (teknologi terkini bagi mengelak kerengsaan perut), Dekstrosa, Tri-Kalsium Fosfat dan Filler dari asas gandum.

Maklumat nutrisi:
KOLAGEN

Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda. Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.


Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan. Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.


Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen. Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.
Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.


Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an. Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.


Apa pula berita baiknya? Susutan kolagen kini boleh diganti menerusi proses yang dipanggil kaedah sintesis kolagen (collagen synthesis).

Terapi sintesis kolagen
Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru.


Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta.


Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen (hyrolysed collagen protein, HCP). Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan. HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan. Sehingga kini, kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung), burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan.


HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya.
Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia. Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah.
Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan.


Hasil kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik.
Kualiti kolagen sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen.
Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa.
Ekstrak kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi, iaitu Bloom 300.


Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya. Kolagen Bloom 300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan, iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran.


Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom.

Khasiat kolagen
Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.
Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.

Kesihatan kulit
Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.
Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda.


Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.
Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.


Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Kuku dan rambut
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.
Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.

Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

Sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis.
Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis.
Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

Kesimpulan
Kini, pakar dan saintis sedang menjalankan lebih kajian dan penyelidikan ke atas kolagen dari pelbagai sudut kerana khasiatnya kepada kesihatan kita.
Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan.

KLOROFIL

Klorofil yang berbahan zat warna hijau alami yang umumnya terdapat dalam daun, memiliki khasiat yang sangat bagus bagi kesihatan manusia. Ini telah dibuktikan melalui penelitian oleh beberapa ahli.


Orang Yunani kuno menunjukan kemampuan mereka dalam hal ubat-ubatan alami dengan menggunakan tumbuhan berhijau daun untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti luka atau melecet. Klorofil merupakan suplemen yang kaya akan mineral penting, yang dapat membantu pembaikan sel, membersihkan darah, mambantu hati dalam memproduksi sel darah merah dan pembersih tubuh internal.


Selain itu, suplemen klorofil juga diperlukan tubuh untuk meningkatkan kekebalan tubuh, mengatur peredaran darah, pencernaan , saluran kencing dan sistem pernafasan. Sebagai obat, suplemen klorofil juga berkhasiat sebagai anti kanser, anti radang, antioksida, penyembuh luka, memperbaiki masalah pencernaan seperti konstipasi (sembelit) dan anemia (Chernomorsky & Segelman, 1988).


Prof. Benard Jansen menyatakan, orang sihat memiliki jumlah darah lebih banyak dibandingkan orang sakit. Namun apabila orang sakit telah mengambil klorofil dalam jumlah cukup, hasilnya ialah peningkatan jumlah darah dan kesehatan yang semakin membaik. Dr. Richard Willstatter dan Dr. Hans Fisher telah berhasil mengenalpasti fungsi sebenar klorofil dan menjelaskan bahwa molekul klorofil memiliki kesamaan struktur dengan hemoglobin, iaitu pigmen merah dalam darah manusia.


Kerana itu Klorofil sangat bermanfaat bagi orang yang kurang memakan sayur. 1 sudu Klorofil akan member khasiat yang sama dengan 1 kg sayuran. Ini berarti ia akan memberikan nutrisi, meningkatkan pemasukan nutrisi dalam darah untuk menaikkan oksigen dalam darah, membantu regenerasi sel darah merah, menghambat proses oksidasi serta menstimulasi penumbuhan semula sel.


Klorofil adalah nutrisi kesehatan yang diperlukan untuk golongan tua dan muda. Klorofil berfungsi sebagai disinfektan, antibiotik, bahkan sebelum adanya ubat-ubatan sintetis. Klorofil membersihkan sel-sel tubuh dan tempat pembuangan sisa limpah metabolisme dalam tubuh, sekaligus mengatasi parasit, bakteria dan virus yang ada dalam tubuh. Klorofil dapat menghilangkan tindak balas kimia yang bersifat racun dalam tubuh.
Ekor molekul klorofil yang bersifat hidrofobik (larut dalam lemak) dapat menggali ke dalam sel atau jaringan dan mengangkat senyawa hidrokarbon dari dinding sel dan juga logam berat (seperti dari air minuman dan asap kendaraan bermotor) serta mengeluarkan senyawa beracun tersebut, seperti sabun mengangkat lemak dan kotoran pada tangan kita.
EKSTRAK BIJI ANGGUR (OPC)

• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia.
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol.
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit.
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
• Menghalang pembengkakan dan keradangan.
• Melancarkan perjalanan darah.
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous.
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan.
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah.
VITAMIN C

Vitamin C adalah nutrien dan vitamin yang larut dalam air dan penting untuk kehidupan serta untuk menjaga kesehatan. Vitamin ini juga dikenal dengan nama kimia dari bentuk utamanya iaitu asam askorbat. Vitamin C termasuk golongan antioksidan karena sangat mudah teroksidasi oleh panas, cahaya, dan logam. Oleh karena itu penggunaaan vitamin C sebagai antioksidan semakin sering dijumpai.


Vitamin C berhasil di isolasi untuk pertama kalinya pada tahun 1928 dan pada tahun 1932 ditemukan bahwa vitamin ini merupakan agen yang dapat mencegah sariawan. Albert Szent-Györgyi menerima penghargaan Nobel dalam Fisiologi atau Kedokteran pada tahun 1937 untuk penemuan ini. Selama ini vitamin C atau asam askorbat lebih terkenal perannya dalam menjaga dan memperkuat imunitas terhadap infeksi. Siapa sangka vitamin C ternyata juga berperan penting dalam fungsi otak, karena otak banyak mengandung vitamin C. Dua peneliti di Texas Woman's University menemukan, murid SMTP yang tingkat vitamin C-nya dalam darah lebih tinggi ternyata menghasilkan test IQ lebih baik daripada yang jumlah vitamin C-nya lebih rendah.


Vitamin C perlu untuk menjaga struktur kolagen, sejenis protein yang menghubungkan semua jaringan serabut, kulit, urat, tulang rawan, dan jaringan lain di tubuh manusia. Struktur kolagen yang baik dapat menyembuhkan luka, patah tulang, memar, perdarahan kecil dan luka ringan.


Vitamin C juga berperan penting dalam membantu penyerapan zat besi dan mempertajam kesadaran. Sebagai antioksidan ia mampu menetralkan radikal bebas di seluruh tubuh. Melalui pengaruh pencahar, ia dapat meningkatkan pembuangan faeses atau kotoran. Tak hairan bila berlebihan, vitamin ini dapat mengakibatkan diare. Untuk pencegahan, kurangkan penggunaannya, atau ganti dengan natriumaskorbat.


Vitamin C juga mampu menangkal nitrit penyebab kanser. Penelitian di Institut Teknologi Massachusetts menemukan, pembentukan nitrosamin (hasil akhir pencernaan bahan makanan yang mengandung nitrit) dalam tubuh sejumlah mahasiswa yang diberi vitamin C berkurang sampai 81%.


Hipoaskorbemia (defisiensi asam askorbat) boleh mengakibatkan serawan baik di mulut, perut, kulit kasar, gusi tidak sehat sehingga gigi mudah goyah dan lepas, perdarahan di bawah kulit (sekitar mata dan gusi), cepat penat, otot lemah dan tekanan dalaman. Lebih dari itu, ia turut berkaitan dengan masalah kesehatan seperti kolestrol tinggi, sakit jantung dan artritis (radang sendi).


Keperluan vitamin C memang berlainan bagi tiap orang, bergantung kepada kebiasaan masing-masing. Pada remaja yang merokok, minum kopi, atau minuman beralkohol, mengambil ubat tertentu seperti ubat antikejang, antibiotik tetrasiklin, antiartritis, ubat tidur atau kontrasepsi oral. Kebiasaan merokok menghilangkan 25% vitamin C dalam darah. Selain nikotin senyawa lain yang sama buruknya adalah kafein. Maka, seboleh mungkin, hindari minum kopi, teh, dan cola. Selain itu stress, demam, infeksi, dan giat berolahraga juga meningkatkan keperluan kepada vitamin C.


Untuk memenuhi keperluan vitamin C, kita boleh meningkatkan pengambilan beraneka buah dan sayur seperti limau, tomato, arbei, strawberri, sayur, asparagus, kol, susu, mentega, kentang, ikan, atau hati.
DEKSTROSA
Salah satu unsur semulajadi glokasa.
TRI KASIUM FOSFAT
Kandungan untuk mengelakkan produk menjadi keras dan payah larut.
FILLER
Bahan gantian kepada talkum yang lebih baik untuk kesihatan. Bertujuan untuk menjadikan makanan dalam bentuk serbuk. Filler yang digunakan di sini ialah yang berasaskan gandum.

Sukatan: 1 paket sehari.

Kandungan/paket: Kolagenol 800mg, ekstrak OPCs 100mg, Vitamin C 50mg.

Jangan bimbang!! Ramai pengguna kolagen dari kalangan wanita mengakui Kolagenol tidak menyebabkan bertambahnya selera makan. Anda boleh berdiet dengan sihat bersama Kolagenol...
Untuk bertanya atau berkongsi maklumat, sila taipkan di sini.

Email pengirim:

Pandangan anda amat dihargai...

0 ulasan: